Tuesday, December 1, 2015

Homemade :: pizza sardin dan sosej


Salam 1 december ...
Kita dah pun berada di  bulan akhir untuk tahun 2015. Bermakna dah tak lama lagi dah untuk kita memasuki tahun baru 2016 nnti .. insyaAllah. Hari ni hari bermalas malasan lagi.. mood masih kelaut .. lepas dari tak sihat seminggu yg lepas , saly masih tak bermaya .. belom 100% sihat lagi.. selera makan masih menghilang .. makan itu dan ini semuanya takde rasa .. masak pun tak tahu la rasa semuanya tawar jer.. 
Allahu .. Allah menguji tiap hambanya .. Allah suka dan sayang pd hambanya yg merintih dan berdoa .. semoga Allah swt mengembalikan 'nikmat ' itu lg kepada hambanya ini .. semoga Allah mengembalikan kesihatan untuk aku menjalani hidup sehari2 dengan penuh semangat disamping menjaga anak2 syurga .. aamiin



Hari ni entry pun bermalasan .. enrty pizza homemade ni sepatutnya dah bulan 10 aritu.. tp dek kerana lupa atau sibuk ngan entry lain ,saly tangguhkn dulu.. heh.. arini nak citer tentang lain stop dulula.. bagi peluang si pizza ni kejap .. pizza ni saly buat khas sempena hari lahir en.suami ... 20 oktober yg lepas .. dengan penuh rasa cinta dan semangatnya , hari 20hb tu saly berjaya buat sebiji kek red velvet dan dua biji pizza .. kek bermula tengahari lepas selesai masak tengahari tu . Dan seterusnya pizza , buat doh.. uli2.. simpan dan mula buat lepas solat asar .. masa tu sumenya daa dalam kepala ni.. surprise .. surprise .. siap2 sumenya bila en.abang dah pulang dari kerja .. sebelah malamnya pula, lepas solat maghrib , bertenang2 dulu lepas tu baru la mula kuarkan kek , potong kek dan seterusnya makan pizza pulak .. mih mih mih .. sampai terharu en.suami .. 


Pizza atas dalam bekas biru ni pizza sosej campur cendawan saja .masa tu nak letak benda lain malas nak gi supermarket beli kan .. guna yg dah ready beli seminggu sebelom rancang nk buat pizza .. ambil yg mana mudah jew.. pizza simple ni memang sedap .. tabur lebih cheese... tp saly tak guna cheese mozarella pun.. cuma parutkan cheese cheddar je.. rasa pun sebiji dengan pizza betol tu .. hihi.. tak caya rasanya berjaya buat ..


Pizza dalam bekas hijau ni pula , pizza sardin dan sosej .. saly letak jugak cendawan .. resepi pizza sardin ni saly ambil yg sheila rusli post dalam fb .. mmm.. memang sedap rupenya pizza sardin ni .. tak puas makan .. pizza bekas biru atas ( pizza sosej dan cemdawan ) tu saly campak2 je bahan .. menjadi gak .. sedap rasanya pun sama dengan pizza sardin .. cuma yg beza rasanya laa .. yg sardin dah tentu rasa sardin .. dan sosej pun camtu ..
Buat sendiri pizza lagi best rupanya , boleh tambah keju dan lebih bahan2 nya .. 






Saly tak guna oven untuk bakar pizza .. saly cuma guna kan pan ajaib ni jew.. cukup mudah .. cukup senang .. dan cepat masaknya.. sesape yg ade gak pan ajaib ni boleh try .. bagi yg takde , boleh bakar guna oven .. rasanya sama jer kan .. oke laa, saly share resepi pizza homemade di bawah ni .. bagi sape2 yg nak cuba silakan .. saly pun simpan juga untuk kenagan dan rujukan .. mana la tau nnti dah lupa ..





RESEPI PIZZA SARDIN DAN SOSEJ



Bahan doh Pizza
  • 200gm tepung gandum (saly guna 180gm jer )
  • 125 ml air suam  ( saly kurang skit, agak2 je)
  • 2 sudu kecil yis segera 
  • 2 sudu besar mentega/marjerin/minyak zaitun
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu besar shortening ( tak letak pun takpe )


Bahan untuk Topping
  • 1/2 tin sos spagetti / pasta (saly guna sos pasta adabi )
  • 1 tin sardin kecil
  • 1 biji bawang (holland ) di potong nipis2
  • Sosej ayam / daging secukupnya
  • Cendawan butang ( tak letak pun takpe )
  • Lada benggala ( dipotong )
  • Cheese mozarella
  • Cheese cheddar
---->> saly gorengkan sekejap  bahan atas (kecuali sos spagetti ,cheese dan sardin ) letak sikit minyak je, masukkan bawang berserta dengan hirisan nipis sosej .. kemudian tutup api, masukkan pula sardin ( semua isi ) lenyekkan dan campur kedalam bawang dan sosej yg digoreng tadi .. 


Bahan sos Keju
  • 1 1/2 cawan susu segar / susu cair
  • 1 sudu makan butter / marjerin
  • 2-3 keping cheese slide ( keju keping cheesdale)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Lada sulah ( lada hitam tumbuk halus )
  • 2 sudu makan tepung gandum ( larutkan dalam sedikit air )
----->> masak semua bahan atas dalam api sederhana hingga semuanya larut dan sedikit pekat je.. tutup api.



Caranya :-
  1. Bancuh yis dengan air suam + gula .. kacau rata dan tunggu berbuih .ketepikan dulu .. kemudian sediakan satu bekas lain , masukkan tepung gandum , garam , marjerin dan shortening...gaul rata semua bahan tu .. buat lubang ditengah , tuang kan bancuhan yis tadi ditengah tu sedikit sedikit .. sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.. uli hingga hingga doh menjadi lembut , licin dan tak melekat ditangan .. ( anggaran uli 10-15 minit ) .. doh yg dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dan dibiarkan rehat didalam bekas kemudian tutup dengan kain.. biarkan doh selama 40 minit atau hingga naik sekali ganda .
  2. Selepas 40 minit atau doh dah naik cantik , tumbuk- tumbukkan doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi.. kejap aje .. kemudian boleh lah canaikan doh bulat anggaran setebak 0.5 cm dan diletakkan dalam tray pizza / pan pizza .. dan gunakan jari jer untuk meleperkan doh , tekan doh pizza sampai doh menutupi seluruh tray / pan pizza .. senang jer.. kemudian cucuk2 pada seluruh permukaan pizza dengan gunakan garfu .. kalau guna oven , bakar doh pd suhu 180°c ( ikut suhu oven masing2 ) bakar selama 10 -15 minit. Bile doh dah masak , keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .. kemudian letakka topping atas doh tu dimulai dengan sapuan sos pasta dan diikuti dengan bahan untuk topping atas tu..saly guna pan ajaib atas tu bakar guna dapur gas saja .. saly bakar terus letakkan topping sekali ( sardin dan taburan cheese ).. selama 15-20 minit je dah masak .. jadi tak buat dua kali dah .. 
  3. Cara saly  : lepas leperkan doh atas tray pizza , saly cucuk permukaan doh dengan garfu.. kemudian sapukan sos pasta / puri tomato.. sapu ikut suka nak banyak mana ... bila dah penuh menutupi doh saly letakkan pula bahan2 sardin yg dah disatukan tadi.. kemas2 kan semuanya atas doh tu .. next curahkan pula sos keju ( yg dimasak sedikit pekat tadi) curah pula agak2 ye jangan sampai penuh.. lebihan sos keju boleh digunakan lagi untuk adunan pizza lain.. dan last taburkan parutan cheese mozarella atau cheddar.. kemudia bakar atas api yg kecil selama 15 -20 minit.. siap....


Untuk pizza sosej dan cendawan pun saly guna doh yg lain.. cara yg lain.. Saly buat dua doh.. sosej saly potong nipis2 dan goreng sekejap dengan bawang holland dan lada benggala .. cendawan butang saly guna yg dah ready dalam tin.. contoh2 seperti gambar dibawah ni .. gambar pertama tu adalah sos keju .. kedua kepingan cendawan .. keju cheddar jenis tu je yg saly guna  ( Beqa ) .. 



Doh pizza kedua ( pizza sosej dan cendawan )


  • 1 sudu kecil yis
  • 60 ml susu UHT ( saly guna bancuh susu tepung biasa ke)
  • 45ml air suam
  • 1 sudu makan gula
  • 180gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan marjerin

Caranya : 

---->> caranya sama juga dengan doh diatas.. masukkan yis dan gula dalam air suam.. kacau dan tunggu hingga berbuih.. ketepikan .. dalam bekas lain satukan tepung gandum ,garam dan marjerin .. gaul sebati.. buat lubang ditengah tepung , masukkan air yis tadi sedikit2 dan juga air susu.. sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.. uli hingga lembut , licin dan tak melekat ditangan .. rehatkan doh selama 40 minit.. lepas 40 minit, tumbuk2 kan doh kemudian boleh lah dicanai dan ditekan2 pada tray / pan pizza.. siap, buat lubang2 dengan garfu.. caranya semua sama seperti doh pizza diatas tu .. sosej , cendawan dan bawang pun digoreng sekejap.. sapu sos pasta , letak sosej yg dimasak tadi.. next curahkan juga sos keju yg adunan atas tu .. taburkan cheese. Siap dan boleh la dibakar.. 




Antara dua doh pizza ni , saly suka doh yg kedua ni .. lembut dari doh yg pertama atas tu.. tp rasa pizza tu tetap sama ..next time nnti saly nk cuba yg letak buah nanas , buah zaitun, sosej dan cendawan plak .. insyaAllah..
Oke sudah dulu ya .. jumpa lagi dilain entry ..
Selamat mencuba pada yg nak mencuba ..
Wassalam










No comments: