Monday, October 26, 2015

tanda -tanda hendak bersalin


26/10/2015


Hari ni mimpi apa ntah.. tetiba mai tergerak hati nak share pasal tanda- tanda hendak bersalin ni. Duk asyik scrool facebook semalam ,tiba satu page tu ada mengongsikan tanda bersalin tersebut . Jadi ada baiknya saly perpanjangkan di sini . Apatah lagi ada jugak beberapa kawan saly yg sedang menunggu hari termasuk biras saly sendiri . Minggu yg lepas ,18hb bff saly dah selamat melahirkan baby .alhamdulillah .rasa tak sabar2 hati ini nak cium bau baby dia. Tarikh due date dia , sama dengan saly masa saly preggy tahun lepas, 24hb10 . Tp dia awal seminggu dan saly lewat 4 hari.. ngehngeh ..  Cepat dan lambatnya lahir seseorang telah ditentukan ... kalau saly , tanda2 nk bersalin tu selalu jer keluar lendir pekat ( tiga atau empat hari sebelom kelahiran ) sakit cuma rasa baby menekan kebawah . Bila tiba masa tu , saly akan terasa sakit di ari2 dan vagina dan selalu je rasa nak kencing dalam 5 atau 10 minit sekali .. bab akhir pula datang kontraksi sakit tetiba 5 minit sekali .. apapun , sakit bersalin seseorang tu tak sama ... ada yg tandanya pecah ketuban .. keluar darah pun ada.. dan ada gak menahan sakit kontraksi yg lama .. berserah dan banyakkan berdoa pada Allah. pada yg sedang pregnant atau sedang menunggu hari saly doakan semuanya selamat hendaknya , insyaAllah ..Aamiin Ya Allah .
oke jom sama-sama tengok apa tanda2 ibu dah nak melahirkan .. semoga bermanfaat .




1 ) Bayi turun ke bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelom kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ' turun ' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis 
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut

2 ) Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelom bersalin . Segera kehospital ..


3 ) Sakit belakang
  •  Bayi beralih dan menekan tulang belakang
  • Untuk mengurangkan sakit belakang , posisikan diri seperti merangkak ( tp jangan merangkak kedepan ) dan angkat atau tinggikan badan anda keatas , tunggu kiraan dan rehatkan badan anda . Ulangi lagi
  • ibu juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran 

        

4 ) Pecah air ketuban
  •  Air ink biasanya keluar dengan banyak dari vagina.
  • Warnanya putih jernih tanpa bau . Segera lah kehospital.
  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis. Doktor akan melakukan  pemeriksaan vagina .Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau serviks dikesan dengan skala 1 hingga 10.
  • Kontraksi yg tetap dan berterusan.
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim.





-----> Bila perlu kehospital ?
  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam ( datang lebih cepat jika tinggal jauh ) 
  • Keluar air ketuban
  • Pergerakan bayi menjadi kurang kerap
  • Keluar darah dari vagina
  • Apa saja masalah yg dialami









2 comments:

aTieYusof Family said...

TQ berkongsi tanda2 bersalin Saly...hihi..atie dah ingat2 lupa dah..
cuma yg ingat pecah air ketuban.. :)

dalila said...

ila ms danish dulu dpt rs kejap je skt besalin tu kak..alih2 kene czer..ketuban pun doc yg pecahkan..