Sunday, October 25, 2015

resepi kek red velvet moist





Sungguh .. 
saly dah jatuh cinta pd kek velvet ni.. 
memang sedap tak terkata .. mihmihh .. baru pertama kali lah ni saly merasa, patut la kan kalau saly google pasal kek ni pasti masing2 yg menikmatinya kata tersangat lah sedap .. 
perancangannya , nak buat kek ni dah agak lama , tp rsa takut tengok warna merahnya yg garang tuh .. pape pun tunggu besday en.abang lagi ummph kot nya.. 
kena berani mcuba jugak sebab katanya nak merasa gimana rasanya kek velvet atau si baldu merah ni .. 
oke yg pertamanya 
 buat dengan seikhlas hati, penuh kasih sayang .
Baru bersemangat kotnya .
kena fokus sebab bnyak step .. hih
bagi orang yg dah biase buat senang je kan, 
bagi aku agak sukar dan lambat .. 
tp alhamdulillah hasilnya tak menghampakan .. 
Sebaldu merah keknya , 
merah menyala membara rasa cinta ini.... Bhahahaaa .. 
pape pun inilah
khas untuk besday dear. Seminggu yg lepas ..
 deco memang tak cantik.
 tak comel pun tp terhasil dek tangan sndiri ..
.ikut setakat mana saly boleh hias . 



Apa bezanya kek velvet ni dengan kek yg lain-lain.. so bezanya tentulah berkaler merahnya .. heheh
 antara bahan2 nak buat velvet ni ada pakai sedikit serbuk koko, so ade sedikit rse mild koko disitu dan selain dri tu sebabnya ade gunakan buttermilk ..apa tu..? Nanti saly share resepi kek velvet dengan sekali buttermilk .. oke la, keseluruhan rasa memang sedap sangat2 , rasa belom puas menikmati velvet ni. 
Oke jom sama tengok resepi di bawah.
Saly share untuk simpanan dan juga pada yg nak mencuba
Dah .. selamat mencuba pd yg nak mencuba ye.
Hehehee








KEK RED VELVET



Bahan A :
■ 1 cawan susu cair
■ 2 sudu teh cuka
( campurkan keduanya , dan biarkan selama 5-10 min)
■ 2 sudu teh pewarna merah


Bahan B :

■ 2 1/2 cawan tepung gandum
■ 2 sudu besar serbuk koko
■ 1 sudu teh baking powder
■ 1/2 sudu kecil garam



Bahan C :

■ 1 cawan minyak masak / sayuran
■ 2 biji telor ( gred A )
■ 1 cawan gula


Bahan D :  Buttermilk

■ 2 sudu teh cuka makan
■ 2 sudu teh soda bikarbonat


Bahan E : 
■ 1/2 cawan air panas (saly lupa letak )





----->> cara-cara:

● untuk buttermilk , campurkan bahan A  (susu cair + cuka ) biarkan selama 5-10 minit .. kemudian masukkan 2 sudu teh pewarna . Ketepikan.

● ayak dan satukan semua bahan B .. dan ketepikan

● campurkan bahan C( minyak + gula ), mixer /putarkan hingga kembang. Kemudian Masukkan telor satu persatu . 

● kemudian , masukkan  bahan B  yg diayak td kedalam adunan dengan di selang seli kan dengan bahan A ( buttermilk ) .. pukul lagi hingga semua sebati.

● di dalam mangkuk lain , satukan bahan D dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. Kemudian masukkan kedalam adunan yg diputar td . Pukul sebati lagi.. dan last masukkan bahan E ( air panas ) kacau hingga sebati.

● masukkan dalam loyang yg telah disapu sikit marjerin. Bakar selama 40 minit - 160° c ( ikut kesesuai oven masing2 ) . Kalau nak bakar dua loyang ( bahagikan 2 adunan ) bakar selama 20-30 minit - 170 ° c.. saly bakar dua adunan. Bahagi dua , jadi tak belah dua masa nak melapis tu.. resepi ni bleh juga nak kukus , lahu lembab dan moist agaknya ..




Resepi topping cream cheese :

★ 250 mg cream cheese (sebuku)
★ 1/2 cawan butter
★ 2 cawan gula aicing
★ 1 sudu kecil esen vanila (lemon pun bleh)

---->> pukul butter + cream cheese hingga halus. Kemudian masukan gula aicing+vanila.. pukul lagi hingga kembang.



Untuk letak topping : 

★ Kek di belah dua (tengah ) kalau bakar satu biji. Letakkan sikit (setengah) topping dibahagian tengah kek.. kemudian tindih dengan kek sebahagian lagi, sapukan selebihnya topping tadi.. ratakan keseluruh kek ..   hias lah ikut kesukaan uolllss.. siap!










1 comment:

dalila said...

sedapnyeee..rajin beno kak sally ni..
hepi besday utk suami akak ;)