Sunday, October 18, 2015

kek snow cheese vanila coklat

18/10/2015


Dari hari ke sehari nak entry pasal kek snow ni . Kek ni saly buat sempena sambut BIRTHDAY  abang ikhwan dan kak cik minggu lepas ,besday yg dah lama tertunda , yg sepatutnya 4 dan 21 hb 8 dua bulan yg lepas .. jadi mama sambut bulan 10 .

Oke lah oleh kerana pagi ni ade masa free sikit lepas dua orang putera saly, abang ikhwan dan angah ke sekolah , siap2 kan baby solihin dan kak cik nya .. now dua orang ni dah pun tido semula untuk pagi ni .. mama nya pun nak rehat kejap sebelom tengahari nnti nak masak plak ..ermm menu ape pulak tengahari ni.. ?
Buntu ehh ..fenomena biasa ibu-ibu ni.. kekeh

Oke balik pada cerita asal ,
 kek snow cheese vanila coklat ...haaa giteww namanya. 
Rasa dah betol dah . Yg ni masuk dua kali dah saly buat .. yg pertama saly buatkan  kek cheese leleh ni masa  birthday angah dan resepi pun hampir sama .cuma yg ini saly buat perisa vanila dan coklat.. asalnya nk buat yg vanilla biase tu aje tp oleh kerana nak raikan budak2 mesti coklat2 sikit , baru nampak best kot.. heheh


Nak  deko2 tak pandai ..so saly hias gitu je. Lagipun masa saly buat ni malam, anak2 dah tido... start jam 9 ,siap2 12 lebih .. jadi nak ambik gambr bagai nak tunjuk kek pun dah tak mampu dek ngantuk.. haha ambik yg mana sempat je.. lepas dari tu ,keesokkan nya plak bawak umah nenek budak2 ni. Kata ikhwan takmo sambut kat umah dia..nak umah nenek sebab ramai sepupu sana .



Ikhwan dan sara ... asal nak letak ikhwan dan icha .. kan kak cik puteri mama tu saly panggl icha sewaktu dulu dan sekarang pun belah sepupu dia ade yg panggil icha , sara, qaisara pun ade .. jadi saly letak sara sebab abah dia suka panggil sara ..
tu jer ..mih mih mihhhhhhh alala cantik tak tulisan mama dia.. hahaha terketar ketar last2 jadi camtu..
Boleh laa dari takde tulis pape ..




Haaa .. dah siap.hasilnya cuma camni jew.. asal nak letak buah strwberry kat bunga tu, tp dah cari buah tu kat pasaraya terdekat sini to tkde.. abis kot. Sebab ikhwan yg nk letak sangat buah tu , sedap katanya .. maaf ye abang, nnti lain kali ye.
Iilin pun lupa nak letak.. bile abis sambut dan belah tu baru ingat sampai merajuk kejap abang ikhwan.. sorry skli lagi sayang.. entah kenapa mama jadi pelupa. 
Nanti next year lah ya 





Begini la rupe kek di dalam tu.. vanila coklat .. 
gambar tu faktor cahaya kot asyik berubah ubah warna gambar..maklum la guna phone jew. Kat tengah kek tu saly dah letak lapis dengan cheese ,tp bila potong kek camne entak cheese tengah tu jadi terserap dalam. Silap saly kot. Tp rasanya memang sedap giler weh .. hahaa sape lagi nk puji kalo tak diri. Serius anak2 dan anak saudara kata sedap.. mm lain kali boleh perbaiki lagi mana yg kurang .. mungkin terkurang cheese leleh ni, sebab yg ni saly tak buat leleh mana cheese nya.. semuanya nk cepat malam tu..  
Oke jom tengok resepi plak .. untuk simpanan dan sesiapa yg nak mencuba .. dik ila , ini resepi mudah boleh cuba..hihi



CAKE SNOW CHEESE VANILA COKLAT


kek vanila

▪ 1 cawan tepun gandum
▪ 1/2 cawan tepung jagung
▪ 1 sudu teh baking powder
▪ 1 cawan gula
▪ 4 biji telor
▪ 1 sudu besar ovallete
▪ 1/2 cawan butter -cairkan (saly guna marjerin jew)
▪ 50 ml air Sejuk ( dalam peti )
▪ 1 sudu teh esen vanilla

----> pukul telor ,gula , ovalette hingga kembang ..kemudian masukkan esen vanila ,air..pukuk lagi sebati. Next masukkan tepung dan baking powder..... last sekali masukkan butter cair tadi , pukuk sebati dan kauo balikkan adunan.
----> letakkan perasa kalau nak (sanquick, pandan ,strawberry ) tp saly guna yg asal saja (vanila)
----> griskan loyang yg sesuai dengan sikit marjerin, tuang adunan ..bakar pada suhu 150°c -30 minit.. ikut kesesuaian oven masing2 ya.


Kek coklat

▪ 2 cawan tepung gandum
▪ 1 cawan serbuk koko
▪ 1 cawan gula
▪ 1 cawan susu pekat
▪ 1 cawan minyak
▪ 1 cawan air / susu cair
▪ 3 biji telor
▪ 1 sudu teh baking powder
▪ 1 sudu teh soda bikarbonat

----> campurkan serbuk koko, gula, susu pekat ,air /susu cair ,telor dan minyak..kacau sebati. Panaskan seketika, tak perlu mendidih.. kemudian sejukkan sekejap.. next masukkan tepung, baking soda.. kacau sampai semuanya sebati.. 
----> bakar pada suhu 160°c , 30-40 minit ( ikut kesesuaian oven )



Topping cheese

▪ 250 gm cream cheese (saly guna tatura ) 
▪ 1 cawan susu pekat (1/2 tin )
▪ 50 ml susu cair / susu segar / whiping

----> mix semua bahan atas hingga kembang dan sebati.
----> bila siap kedua dua kek, boleh la melapis dengan letakkan sedikit topping cheese ditengah.. kemudia selebihnya letakkan pada seluruh atas kek.. dan parutkan dengan keju cheddar .bagi nampak seperti salji.. contoh keju parut dan resepi juga ade di SINI  masa birthday angah aritu.... resepi pun hampir sama cuma untuk resepi yg saly buat ni kurangkan dua biji telor..















6 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Elya Roza said...

mmg takleh tgkk kek cheese mcm nii!!

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

dalila said...

yeayyyy..dah ade resepi..
sedapnyeeeeee..

norhidana miswan said...

ayoooo sodapnyer... akak udahla peberet mkn kek cheese2 nih....

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)