Saturday, August 29, 2015

bersyukur saat diuji


29/8/2015




Alhamdulillah .. 
en.abang sudah sembuh dari chicken pox.. biarpun sembuhnya tidak lah sepenohnya ..  dah seminggu lebih tak bersiaran.. entry last happy birthday iman qaisarah ..mama ada janji nak sambut birthday kak cik dengan abang ikhwan nya sekali minggu lepas tp tak kesampaian.. mama tak tau pun tetiba apa yg dirancang dengan telitinya tk menjadi.. takpe la, nnti dilain minggu , bile semua dah sihat boleh sambut birthday ..

Tiga minggu yg lepas abang ikhwan yg kena chicken pox. Tp sekarang giliran abahnya pula.. betol juga kata orang-orang tua kan , budak kalau kena penyakit ni taklah separah orang dewasa .. aish.. kesian betol tengok en.abang aku ni.. sampai ketahap tak boleh nak makan dan sesak nafas ... 
bermulanya masa hari sabtu 15/8/2015, masih sempat en.abang pergi menyambung kerja bina rumah kediaman yg bakal kami diami ,sepulangnya saja dia dah nampak letih seletih letihnya ... 
alahai .. esoknya pulak dah dia rasa ada tenaga skit, pulang dari kerja masih pergi lagi tengok Rumah.. lepas dari hari tu dia dah tak sihat, betol betol tak sihat.. demam dan sakit seluruh tubuh..urat kot .. 
dua hari lepas tu 18/8/2015 nampak lah tanda tanda naik chicken pox di leher permulaannya .. terus en.abang pergi klinik dengan adiknya .. dari tarikh hari tu dia makin dan semakin tak sihat .. sampai ke tahap sesak nafas... dan tak dapat bangun dengan demam selalu on off .. selalu aku bergilir gilir urut badannya dengan umi nya.. nak makan pun tak dapat nak telan sakit dalam tekak katanya.. di muka dan badan tak usah nak citer lah, memang banyak naik biji air tu .. memang sedih sangat wife nya ni tengok, masa tu selalu jew dia cakap hal kematian, bertanya kan umi nya bagaimana keadaan arwah ayahnya semasa sakit dulu .. aduhai .... terasa jew ada air mata duk kumpul kat ujung2 mata ni, nasib tak tumpah je.. hehe..

Untung ada umi (MIL ) , setia datang hari hari menemaninya, membantu aku dan anak anak dirumah .. ade adik en.abang (adik ipar) yg setia hantar dan ambil anak anak saudaranya ni ke sekolah .. barang keperluan rumah dapur segala aku yg ambik  alih keluar membeli .. yg biasa en.abang yg buat semuanya .. mengajarkan aku erti ketabahan .. sob sobs..!!

Hari ni, sabtu ..
alhamdulillah en.abang dah makin sihat .. dah dua minggu dia tak sihat ..sekarang selera makan dah pulih.. sakit dada dah tak terasa, cuma badan dia tak bertenaga seperti biasa lagi.. chicken pox pun dah makin mengecut.. setia wife nya ni sapu ubat calamine lotion di tempat biji air tu.. semoga abang makin sihat seperti sebelumnya .. aamiin 



" sesungguhnya aku ditimpa penyakit , sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani "



No comments: