Thursday, August 6, 2015

abang ikhwan kena chicken pox

6/8/2015



Abang ikhwan dah dapat surat cinta dr doktor.. ermm
Doktor bagi cuti dari sekolah bermula 5/8/2015 - 13/8/2015 ..
Kesian dia .. alkisahnya  4.8.2015 selasa yg lepas hari Lahir Ikhwan  dan  Pada hari tu jugak dia kene jintungan atau chicken pox .. masa pagi nak pergi sekolah tu ikhwan bagitau yg dia sakit kepala .. mama pun bagi lah sikit ubat.. kemudian dia bagitau lg, ada merah di bahu dia.. tengokla juge, nampak takde pape serius pun mama ingat gatal biasa je .. pulang dr sekolah tu, ikhwan bgitau yg dia sakit kepala lagi .. dan gatal gatal dibadan dia makin berleluasa hendaknya ...  dia tunjuk kat badan dia ada biji merah berair ... terus telefon abah ikhwan dan bawa dia pergi klinik.. haish.. tak sangka plak chicken pox dia .. alahai.. semoga dijauhkan pulak kena baby solihin.. kecik lagi.. dan adik- adiknya yg lain ..


6 /8/2015



Hari ni dah 3 hari makin banyak lah pulak biji biji merah berair tu.. sampai muka dan abis seluruh badan..ubat dah makan.. nanges aje dia.. kesian mama tengok..  pergi klinik doktor bagi ubat antibiotik , gatal dan ubat sapu .. ubat antibiotik mahal loo .... kata doktor khas untuk chicken pox ni..rm80.. 


Semoga anakanda mama cepat2 sembuh ya .. dapat pergi sekolah seperti biase .. banyak bersabar ya sayang ..muahh ciked .. oke nak kongsikan sikit pasal chicken pox ni ambil ilmu sikit dari google.. 



Chicken pox 

Juga dikenali sebagai cacar air . Atau ada juga dipanggil jintungan (ikut dialek daerah ). Disebabkan oleh virus Varicella ( kumpulan virus herpes ) dan amat mudah berjangkit . Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Dan ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yg dijangkiti . Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.. 

Penghidap cacar air juga boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. 




Tanda dan gejala

  • Penghidap cacar air atau chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik merah melibatkan Muka , kepala, dada , belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
  • Bintik-bintik merah yg baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji  dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkn parut.
  • Gejala lain ialah sakit perut ,tiada selera makan, sakit kepala ,rasa tidak selesa , letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan ,hidung berair dua hari  sebelum bintik-bintik merah timbul. 


Komplikasi

Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakalanya penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yg sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk ialah :
  • Bayi baru lahir , yang mana ibu tidak pernah menghidap cacar air atau pelalian cacar air.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu menghidap cacar air seminggu sebelum kelahiran , ia boleh menyebabkan serius serta membahayakan nyawa pd bayi.
  • Orang yg lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang ( leukimia ) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yg mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radangan kulit (eczema)




" Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani "   surah al Anbiya : 83

2 comments:

dalila said...

lahaiii..siannye ikhwan..br je sambut besday dh chicken pox plak..cpt sihat ye abg ikhwan ;)

norhidana miswan said...

sian ikhwan... moga cpt sihat... parut tuh moga cpt hilang lah hendaknya