Monday, June 22, 2015

5 tips menggalakkan anak berpuasa

22/6/2015


Alhamdulillah.. hari ni dah 5 ramadhan.. 
Semoga kita semakin bersemangat untuk menjalani ibadah puasa .. dan sama-sama kita mendapat keberkatannya.. aamin

Hari ni nak share  5 tips menggalakkan anak-anak kecil untuk berpuasa.. ada terbaca dalam fb.jadi lebih baiknya share kan disini juga ..khas untuk  diri sendiri dan juga mommies sume .. tips di bawah ni antara yg aku pernah buat juga pada anak sulong abg ikhwan, 7 tahun ..dan alhamdulillah hari ni hari yg ke 5 dia masih semangat untuk teruskan puasanya ..

Sememangnya bagi yg ada anak kecil cabarannya hebat  untuk mengajak anak untuk berpuasa bersama-sama kita .. dan Untuk melatih mereka, kita kena lebih kreatif . Oke, mari sama-sama kita tengok tips dibawah ni ...





1) Mula Bercerita Tentang Ramadhan Dari Awal

Ibu bapa sudah boleh berceritakan tentang puasa kepada anak-anak. Walaupun mugkin anak belum faham apa itu dosa dan pahala, kita ceritakan sahaja. Berikan gambaran pada mereka bagaimana ibadah berpuasa dibulan Ramadhan ini.

Bagi anak-anak yg minat kepada cerita upin ipin, bolehlah berikan mereka tonton episod yg berkaitan puasa ramadhan ini. Sambil anak menonton ,terangkan dan cakap dengan anak nanti kita puasa sama macam upin ipin.. nak tak.? 
Mesti anak-anak cakap "NAK" ..


2) Tarik Minat Anak Dengan Memasak Menu Kesukaan

Anak-anak pasti ada menu kesukaan mereka, kan ..? Jadi ambil peluang ini untuk sediakan menu kesukaan mereka untuk juadah berbuka. Dan juga untuk bersahur. Untuk lebih menarik minta anak tuliskan sendiri menu yg dia inginkan dan tampal didepan peti sejuk.


3)  Sediakan Jadual Ramadhan

Jadual ini untuk tunjukkan pada anak berapa hari sudah dia berpuasa dan untuk tunjukkan berapa lagi yg tinggal sebelum tamatbulan Ramadhan.


4) Sediakan Ganjaran Untuk Anak

Beritahu anak apa yg bakal dia dapat jika berpuasa dibulan Ramadhan ini. Untuk yg baru pertama kali berpuasa, janganlah terus letakkan target berpuasa sebulan penuh .mungkin boleh mulakan dulu dengan jika berpuasa penuh satu hari contohnya dapat rm1.


5) Jangan Paksa Anak Tapi Berikan Galakan ..

Ini tips paling penting, Jangan sesekali memaksa anak untuk berpuasa sebab ibadah inj belum wajib untuk anak-anak yg belum baligh. Tetapi kita cuma galakkan mereka untuk berpuasa. Dan latihan ini dibuat tahun demi tahun supaya bila anak sudah baligh nanti, mereka sudah mampu untuk berpuasa penuh sendiri.








2 comments:

norhidana miswan said...

nice share... aiyan akak tak ajar lg lah... baru 4thn kan... dia pun tak paham lg

dalila said...

ms kecik dulu ila suke yg no 4 tu kak..hihi..
tp lps ni nk kene ajar danish pulak..