Monday, June 8, 2015

10 sikap buruk manusia yang dicela oleh Allah



10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan 10 sikap yang lazim dilakukan manusia . Iaitu : 


  1. Gelojoh ketika makan 
 Dalam erti kata lain , seseorang yang  kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap

 Allah mencela manusia  yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia .


3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak diluar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun , mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan dan pembunuhan,


4. Hasad dengki
 Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah.perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah saw bersabda " Dengki itu memakan segala kebaikan" riwayat muslim


5. Kedekut dan bakhil

Kedekut menghijab ( menutup ) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya kejalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.



6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka pangkat, atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah saw bersabda : "bekerjalah kamu didunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramal lah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari " (Riwayat Bukhari dan Muslim)



8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.


9. Ujud dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini , tidak diiring dengan kejujuran dan keikhlasan.






Salam isnin..
Sekadar renungan untuk kita semua dan juga untuk diri sendiri .. semoga kita sama sama berusaha beringat dan cuba elakkan diri dari sifat sifat itu..







2 comments:

aizu's life said...

alhamdulillah.. gud sharing :)
smoga kite x lalai..

dalila said...

*muhasabah diri*
mekasih kak utk peringatan ni ;)