Thursday, May 21, 2015

anak ibarat kain putih


21/5/2015



Salam khamis semua .. 
Hari ni takde citer ape2 .. cuma nak share info didikan anak anak .. yg kadangkala kita sebagai ibu bapa terlepas pandang..sekadar renungan kita bersama .. anak anak ibarat kain putih .. ibu bapalah yg mencorakkannya .. semoga ia bermanfaat untuk diri kita semua yaa ..Renung -renungkan dan selamat beramal. 





■ Jangan pukul anak dari lutut ke atas

■ Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan Jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita . Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

■ Rotan atau pukul anak di telapak kakinya ..secara saintifik nya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang kebahagian otak... sabda Rasulullah s.a.w .. 
"berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun ..berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek ..kejar atau usik asalkan hubungan rapat. Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar , kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran ) "

■ Mulakan hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak kita malu dan merasa rendah diri.. ( dalam islam sendiri nama panggilan yg baik adalah digalakkan )

■ Berikan anak anda pelukan setiap hari (kajian menunjukkan anak yg dipeluk tiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yg jarang di peluk )

■ Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang  ( pandangan ini akan membuatkan anak -anam  lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. 

■ Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukkan ,ciuman, hadiah atau sekurang kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yg dilakukan )

■ Janganlah mengharapkan anak kita yg belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan ..mereka hanya kanak kanak yg sedang berkembang.perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk lah membuat silap .

■ Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh .. keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

■ Dengarlah cerita anak-anak , cerita itu tak akan kita  dengar lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran untuk kita bercakap ( ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap )

■ Tenangkan anak -anak setiap kali mereka memerlukannya.

■ Luangkanlah masa bersama anak diluar rumah ,peganglah tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka .. mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

■ Dengarlah mimpi ngeri anak- anak .. mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

■ Hargailah permainan kesayangan anak-anak.. mereka juga dalam masa yg sama akan menghargai barang-barang kesayangan ibubapanya .elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak .mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian ..

■ Janganlah membiarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

■ Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka .. dua puluh tahun dari sekarang kita pula yg akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi .. anak -anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri ..

■ Terimalah yg kadangkala kita bukanlah ibubapa yg sempurna. 





2 comments:

aTieYusof Family said...

Allahu.. tq sally mengingatkan kembali..insyaAllah sama2 kita mendidik anak2 sebaik mgkin.. kadang atie pn leka...huhu

dalila said...

mekasih kak share..
byk lg yg perlu dibetulkan dlm membsrkan ank ni..
danish sejak dh ade adik dh mula pandai memberontak..kdg2 hilang sabar..harap Allah kuatkan hati n semangat ni..xsuke nk marah2 die..tp kdg2 terlepas jgk..bile dah marah br tersedar, rs kesian pulak..tu la kan bila syaitan dh menguasai diri.. :(