Tuesday, April 21, 2015

jika anak demam



Hari ni nak share tips2 jika anak demam.. selsema dan batuk. Ade terbaca dalam fb, share tips ni.. jadi sama2 lah kita share kan ..mana tahu sikit boleh membantu kita.. Anak2 aku pun selalu je demam.. tp yg kerapnya selsema dan batuk.kalau si kakak selalu je selsema dan batuk.sebelum ni sampai hampir 2 bulan tk juge sembuhnya.. dah cuba bg ubat selsema dan batuk sikit,sebab dia belum masuk 2 tahun bimbangkn nk bagi banyak2 ubat batuk selsema..dh juga cuba bagi minum madu.. berkurang sikit tp nak baik seratus peratus payahnya lah haii..lepas tu cuba pergi klinik homepathy.. untuk dua minggu ni,kakak qaisarah dh pun sihat.. alhamdulillah.. ceria tengok die main2. Takle banyak meragam nangis bagai mcm sebelom ni.. 
Oke jom baca tips simple dibawah ni.. 




  • Jika anak demam ... pastikn anak dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
  • Bila selsema - tetap mandikan 3 kali sehari ..supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak hingga sesak nafas.. cuba praktikkan setiap kali anak terkena selsema, mandi 3 kali sehari.
  • Batuk - tetap mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.. dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1 - 3 pagi.. InsyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut pada badan anak ( tips dari Doktor : bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk, takpe dia muntah.lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
  • Waktu mandi yg sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam.. mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi ,sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki.. ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
  • Kalau orang dulu, demam batuk dan selsema tak bagi mandi.. jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yg lebih teruk. Zaman dh berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi.. even doktor turut pesan ,jika anak demam...pasangkan aircond jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap..
  • Bagi ibu2 yg menyusukn anak, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yg dibekalkn mampu melawan penyakit dengan cepat.




3 comments:

aTieYusof Family said...

Salam Sally.. penting utk kita sbg ibu bapa utk ambil tau tips2 macam ni kan...manatau anak demam selsema nti senang nak rujuk..:)

alya said...

dtg menjengok...apa pun jika keadan bertambah buruk.. cepat2 bawa jumpa doktor...

dalila said...

mekasih kak..info yg berguna sgt..aritu baby darwish batuk lame sgt..keep on bf..alhamdulillah dh ok..risau kan klu ank2 demam selsema batuk ni..mmg amik masa btl nk baik..