Thursday, January 16, 2014

petua menghilangkan batuk / selsema bayi




1) Cara pertama : Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.


2) Cara kedua : Kunyit hidup atau bawang putih.

Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.


3)Cara ketiga : Daun Kaduk.

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.


4) Cara keempat : Kismis.
Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.


5) Cara kelima : Daun Bunga Tahi Ayam.

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.








celoteh mama:  untuk anak sy selalu guna cara  pertama dan kedua.... bagi 1 sudu kecil madu dan tumbuk ibu kunyit kemudian dicampur sikit minyak...sapu di dada dan bhagian belakang baby....  anak2 sy sesuai....sakitnya tak berlarutan...






6 comments:

aTieYusof Family said...

Salam Saly..
Guna madu tu sllu juga dengar..
TQ sharing ya..atie copy tau! nak buat rujukan..:)

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing. ANak tgh selsema nih ☺

Bilal157 said...

Silahkan kunjungi WEB kita kakak :-)
buat anak-anak kakak yang mau belajar

https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT







Niesa said...

First time dnga guna cara bunga tahi ayam..hehe..thanks share kak!ayah niesa sll suh niesa minum madu je kalau batuk..hehe

Bilal157 said...

Assalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)


https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra

Ena's Stories said...

sy biasa amalkn yg madu tu..