Tuesday, June 11, 2013

Khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil



Kata orang-orang tua yang berpengalaman ,ibu-ibu yang mengandung mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yang di lahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
Betulke...?
pregnant yg pertama dulu aku memang suka minum air kelapa ni.. boleh dikatakan nak pekena sokmo air kelapa ni.. tapi yang ketara nampaknya bila anak lahir rambutnya agak lebat.. aku sebenarnya kurang suka sikit rambut lebat sangat ni.. hehe .. pastu preggy anak kedua, suka jugak minum tapi berpada-pada.... hasilnya rambutnya memang lembut dan halus.. entahlah, faktor minum air kelapa ni ataupun keturunan... kalau ikut mama memang rambut lembut dan tak lebat... tapi ikut abah diaorang memang lebat sikit..heee2....
oke jom kita sama-sama tengok info tentang air kelapa muda di bawah sekadar pengetahuan kita para mommies....
 
 
 
 
 
Antara khasiat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil :
 
1) Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
 
 
2) Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
 
 
 
3) Membantu mencegah sembelit dalam  sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.
 
 
4) Mencegah daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom  heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
 
 
5) Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan  4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
 
 
6) Membantu mengurangkan  "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
 
 
7) Penawar racun
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric  ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
 
 
8) Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.
 
 
9) Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.
 
 
 
Ibu hamil di galakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja , ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi didalam kandungan.
 
 
 
 
 
 
 

21 comments:

Normi Nieza said...

good sharing..:)

mama3heroo said...

tq share..mmg byk khasiat air kelapa ni

norhidana miswan said...

ibu mengandung ni amal kan tak?

ieedaz @ mama_isha said...

saya pun minum jugak air kelapa ni tapi bile teringin je..hehe

Ibu Lala said...

dulu ms peknen tiga tiga anak, mmg suka minum air kelapa muda ni.

nurbijen said...

air kelapa muda mmg fav saya... tapi dah lama tak minum.... sob sob :(

Cho Zila said...

tang mudah bersalintu selalu dengar... tapi katanya tak bolehler minum air klapa mudani masa awal pregnant...

Ratu Hatiku said...

Good info, tq share ya..

Nurul Husna said...

Husna dah 7 bulan dah boleh start minum ke ek? takut lak rasanya..hehe

Kesuma Angsana said...

very good tips ni tq kongsi yer

Eina said...

Good info ;)

shah said...

Pati sarang burung walit. Membantu mwngurangkan kahak dan batuk..mengubati
penyakit asma..sesuai utk wanita mengandung dan juga bayi dalam kandungan.
Mengurangkan kesan nikotin kepada perokok dan mengurangkan serangan barah.

Tanpa bahan pengawet.Muslim produk.

pati sarang burung rm90.00
sarang burung 3btol rm20.00
sarang burung 1gram rm8.00

blh hubungi sya 0149705845 shah.

mamasyafi said...

Owh padanla orang tua mama suruh minum air kepala sebelum bersalin....
TQ for the info..

Sedikit info kesihatan secara semulajadi di blog saya

QasehnyaRania said...

as-salam perkongsian yg menarik. terima kasih kak :-)
salam kenal. hihi

Hafizah Ummu Hanan said...

Perkongsian yang menarik..Ilmu baru ni..hihi. Sedapnya air kelapa muda..Nak2 musimp panas ni.. lagi2 bertambah sedap..^_^

Salam perkenalan sis..

Hafizah Ummu Hanan said...

Perkongsian yang menarik..Ilmu baru ni..hihi. Sedapnya air kelapa muda..Nak2 musimp panas ni.. lagi2 bertambah sedap..^_^

Salam perkenalan sis..

Anonymous said...

Good info..before ni masa preggy penah minum air kelapa tapi mber kata xbaguslah sbb air kelapa blh sebabkan baby panas..so skg da tau the true story..tq!

Unknown said...

Nak tanya... ramai rkn2 kta bila pregnt tak blh mnum air klpa... mna yg btul

Shiee Puzi said...

Nak tanya... ramai rkn2 kta bila pregnt tak blh mnum air klpa... mna yg btul

Noraini Fauzi said...

Dh 55 tahun auntie hidup..ni bru dgr anak2 muda kata ppuan hamil tak boleh minum air kelapa. Fakta di atas tu boleh diterima pakai..anak2 auntie lahir kulit kepala mrk takde berkuping, rambut lebat. Mrk tak kena jaundis. Alhamdulillah.
Cuma org dulu2 kata dlm pantang jangan minum air kelapa...nnti "longgar....wallahualam...

Noraini Fauzi said...

Dh 55 tahun auntie hidup..ni bru dgr anak2 muda kata ppuan hamil tak boleh minum air kelapa. Fakta di atas tu boleh diterima pakai..anak2 auntie lahir kulit kepala mrk takde berkuping, rambut lebat. Mrk tak kena jaundis. Alhamdulillah.
Cuma org dulu2 kata dlm pantang jangan minum air kelapa...nnti "longgar....wallahualam...