Tuesday, May 21, 2013

SET BERSALIN : yang mana 1 pilihan hati...?

sekarang ni aku duk search yg mana 1 set bersalin yg sesuai.... hohoho.... kandungan baru jer jangkau 7 bulan.... tp dh pun aku 'tersibuk2 ' neh.... haha... walopun peknen kali ke3 mama totap poning taooo set bersalin mana lak yg nak diguna semasa proses pantang nnti..
banyak sangat set bersalin yg berlambak di pasaran nim... semuanya ada kelebihan dan kekurangannya.. sampai hari ni aku asyik duk pikir2 lg set bersalin yg mana satu aku nk beli.. Hurm.
 
 
sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yg dijual di serata Malaysia..... seyesss la awak.. nak sebut satu-satu sampai lusa tulat pun tak habes.. yang pastinya nak cari yg mana satu yg terbaik dan sesuai itu yg tak taoo..!! hokey, sekarang ni aku nak list kan set yg berada 'di carta hatiku' cewah... kehkeh..  cuma nak list kan yg sedang hangat dipasaran dan popular jer...  yang mana aku tertarik dan dah baca testimon-testimoni pengguna.... yup
 
 


 
Set Bersalin Amway -Tropikal Herbs
 
 

Set bersalin Amway- tropikal Herbs .. pernah jadi pilihan hati semasa mula-mula pregnant baru ni.. kalau yg jenis yg suka ala-ala traditional boleh cuba set bersalin ni.. Produk-produk di Amway ni bagus sebab semuanya made from bahan-bahan yg semulajadi...
Set bersalin tropikal herbs ni merupakan sistem herba lengkap untuk membantu mommies memulihkan tubuh badan didalam dan diluar dengan cepat.... ada terbaca jugak review dan testimoni yg set bersalin ni berkesan... maybe sesuai dengan diaorang kot.. dan sesetengahnya yang guna tak habes pun ada....:)

set lengkap tropikal herbs ni mengandungi 10 produk.

1) untuk dimakan : Teh herba , kapsul lepas bersalin 1 dan kapsul lepas bersalin 2.

2) untuk kegunaan luaran : Herba pembersih wanita, herba mandian , minyak urut herba , minyak bayi , campuran peramping perut , campuran penghangat badan dan campuran penenang.

Dan.... yang menariknya set bersalin amway ni percuma bengkung.. ^__^


Harga : RM300 .tapi mungkin berbeza harga kot...mesti kena bijak cari dengan harga yg menarik tau...! :)




Set Bersalin Leesa Formula (confinemum)



Set bersalin Leesa formula... salah satu set bersalin yg menjadi pilihan ramai sebelum ni.. termasuk jugak empunya tuan blog ni.... hehe... pernah guna set ni sewaktu lahir anak kedua..tapi bukan semua tau ,cuma aku beli yg perlu jer... bengkung correctuer , Body contour gel (sapu sebelum pakai bengkung) ,cotet  emas uncang , tablet prawan dan minyak telon (untuk baby).... yang itu jer aku guna... best jugak la..
semua produk di dalam set leesa formula ni di buat dari sumber yg telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, ubat periuk, halia dan penggunaan bengkung.. set yg lengkap dan ekslusif ..

Mengandungi 8 produk:

1) untuk dimakan: tablet haruan, tablet prawan dan Cotet emas uncang.

2) kegunaan luar : Bengkung correcteur, Body contour gel ,Ginger cream ,tungku herba dan minyak telon.


Harga : terdapat 3 set . Set A, Set B dan Set C.. kalau yg set C (lengkap 8 item) RM 335 (mesti bijak cari harga.. search je..ok)




Set Bersalin Herbanika Nona Roguy (NR)

Set bersalin Nona Roguy atau dikenali sebagai NR...
salah satu set bersalin yang sangat mendapat sambutan oleh para mommies.. aku sendiri pun tertarik jugak tau....suka... dalam senarai jugak neh..! ramai pengguna yg berpuas hati menggunakan set bersalin ni.. kalo ada mommies yg biasa kena sembelit lepas bersalin atau nak mengatasi sembelit bila lepas bersalin nanti (sembelit adalah salah satu yg aku geruni bila lepas bersalin...hiii..)
boleh cuba pakai set bersalin ni  confirm takde masalah sembelit.. Ianya sesuai untuk mommies yg bersalin normal ataupun secara caesarian..

Produk yg terdapat dalam set herbanika ni:

*PhytoNatal 90 biji
*Akar Herbanika 10 paket
*Krim herbanika barut 60 g
*Herbanika Lulur 100 g
*Minyak Herbanika 100 ml
*Uncang Cuci Herbanika 10 paket

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, silalah goggle ya..:)

Harga :RM300 (kalau pandai cari siap dapat free gift menarik lagi...hik...



Set bersalin Tanamera Post Natal






Set bersalin Tanamera Post Natal .... di formulakan berdasarkan cara rawatan melayu ,cina dan ayuverdic(India) sebagai satu cara semulajadi para ibu yg baru bersalin kembali pulih dari segi dalaman dan luaran secara seimbang dari segi hormon dan fizikal.Dibuat 100% berasaskan tumbuhan semulajadi dengan penggunaan herba tropikal minyak pati.. menarik kan..? huh... set ni membuat aku tergoda tau.. di dalam senarai aku jugak ni.. yg paling aku tertarik dalam set ni takde jamu atau kapsul bagai... cuma ia berasaskan minyak dan serbuk untuk digunakan..... minyak Cold Press Virgin Coconut Oil(VCO).. minyak ni dah boleh di gunakan seawal kandungan 26 minggu... dan terus boleh digunakan hingga lepas bersalin...

Terdapat 11 produk dalam set tanamera ni :

1) Cold Press Virgin Coconut Oil -100 ml
2) Herbal Tea - 14 sacet
3) Feminin Herbal Wash -14 sacet
4) Herbal Bath - 14 sacet
5) Herbal massage Oil - 100ml
6) Firming Herbal Blend paste -14 sacet
7) Boreh Body Scrub - 4 sacet
8) Brown Formulation Soap - 125g
9) Calming Herbal Blend Paste - 4 sacet
10) Lavender Floral Water  - 70ml
11) Bengkung

Harga :RM 360



Set bersalin Shaklee




Set bersalin Shaklee... tinggi sambutannya di kalangan mommies sekarang.. yg sebenarnya tak terlintas pun nak masuk dalam list aku..hihi..tp dek kerana komen dari teman blogger dalam entry sebelum nih dari Cik Dah Faridah.... cik Dah syorkan shaklee.. jadi aku pun terus jer google.. wallah.. tergugat jugak iman ku.. yela dalam pikiran ni cuma pikirkan set NR dan Amway  je .. nahh... datang pulok set bersalin yg bagus dari jenama Shaklee. testimoni2 semuanya kata bagus-bagus.. jadi mungkin juga akan akan jadi pilihan hati hambe nanti..?.. hurm...
Bagi mommies yang tak suka akan jamu-jamu dan herba bagai tu, set bersalin shaklee ni sesuai untuk anda... set bersalin shaklee selamat kerana produk-produknya terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi dimana ianya tak mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi ..


Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah:
  • Vitalea Iron Formula
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari)

Biasanya untuk hasil yang lebih ohsem untuk tubuh badan dan penyusuan, seller turut menawarkan 2 produk tambahan iaitu:
  • Energizing Soy Protein (ESP) berharga RM120
  • Ostematrix Berharga RM49
*Harga yang anda dapat mungkin berbeza :)

 
 
 
 
 
Hurmm... nampak menarik semuanya...
aku masih kompius nak pilih yg mana satu.. rambang mata dan kehendak dibuatnya..
keempat-empat produk yg aku review atas tu , set bersalin Nona Roguy... Amway ... Tanamera... dan shaklee memang diantara carta tertinggi dalam kepala otak ni .... huwaaa.... ! tapi nak beli yg mana satu ya ..... Tolommmm mommies.....
atau aku akan guna set tanamera untuk luaran dan shaklee untuk dalaman seperti salah sorang  teman bolgger  Ummu Shifa yg baru selamat melahirkan baby pada 17 mei yg lepas...
 ermmm..... tengok lah nanti ...bagaimana ya...!
 
Apepun ,tak kira set bersalin yg mana satu kita pilih pasti ada pros and consnya... ye dop.... bukanlah semua sesetengah produk tuh tak bagus.. atas si penggunanya jugak...kalu sesuai dan serasi pada dia, maka berkesanlah set bersalin tu pada dia..... :)
tapi kan....still lah nak sihat dalaman dan luaran... hehe.. nak kembalikan berat yg asal..
aku memang dah cikit punya 'debok' laa...
canner tuuh...@___@

 
oke lah..
dah.. sampai sini dulu ya..:)
 
 
 
 
 
 
 



21 comments:

Kesuma Angsana said...

semuanyer bagus2 tu !

cik dah faridah said...

heheh..biar yg kiter mkn tu khasiatnyer baby pun dpt...esp utk tenaga...

nurbijen said...

ye doh.... mana2 pun ok jer, janji kena rajin lepas guna... masa anak sulung akak pernah guna yg amway, tapi jenis tak berapa rajin... banyak juga tak tak sempat guna :(

aTieYusof Family said...

Saly;
atie dulu guna set AMWAY..harga dlm rm200 lebih kot tak sampai rm300..beli ikut kesesuaian kot, takut nanti beli tapi byk yg tak diguna..hehe:)

yan's cottage said...

salam rindu...Saly....

yang penting kesesuaian....kalau yan pakai sendayu tinggi punya boleh turunkan berat sekali dan sesuai untuk ibu2 menyusu badan.

ummu syifa said...

Saly, nk share sikit..ms bersalin hr tu sy punya tu x koyak bnyk pn...doc x gunting pn..cuma ada sikit jahitan utk lapisan kulit luar...mngkin sbb guna vco tanamera..sy mula guna dr wk 37..tu pn sapu2 ala kadar n minum sesudu..kalo wat urutan spt yg disarankn, myb x yah Jahit lgsg...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Sy sekarang dah 37 wk, sy guna Tanamera utk kegunaan luar dan shaklee utk dalaman nanti... Harap oklah..

norhidana miswan said...

selamat memilih yek hehehe...

kalu kt kg senang je, tempah kt bidan utk buatkan...

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Mekasih banyak banyak sebab buat review tentang banyak set bersalin diluar sana tu. Pening saya nak pilih mana satu.

Sebelum ni saya gunakan set amway untuk anak pertama saya. Untuk anak kedua plan nak gunak shaklee sebab ramai yang kata bagus.

Banyak ilmu saya dapat dari blog puan ni. Terutama tentang supplemen yang boleh digunakan semasa bersalin.

Dari feedbackyang saya baca, set bersalin shaklee boleh digunakan seawal 2 hari berpantang. Tak perlu risau anak akan kena demam kuning kerana vitamin yang diambil.

Tak macam ambil jamu. Doktor memang tak galakkan makan jamu. Nanti anak boleh kena demam jaundice yang tinggi.

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ya :)

Noorfarah Dila Zakaria said...

Assalamualaikum, nk tye mne leh order set bersalin shaklee spt kt atas sbb sye nk order full set mcm kt atas. Boleh bg sye contact number yg bole dihubungi

Noorfarah Dila Zakaria said...

Assalamualaikum, nk tye mne leh order set bersalin shaklee spt kt atas sbb sye nk order full set mcm kt atas. Boleh bg sye contact number yg bole dihubungi

Anonymous said...

Boleh cntact saya...012-614 2871...tqvm..

Anonymous said...

assalam puan. saya pn dlm proses tunggu anak no 3 lahir. berdasarkan pengalaman saya, masa bersalin anak pertama n kedua saya guna produk yang sama berasaskan jamu. masa anak pertama, memang lawas nak buang air besar (itupun antara masalah yg paling saya takuti bila bersalin), tp saya tak menyusu badan (kurang pengalaman - susu jd kering). tapi untuk anak yang kedua, kurang menjadi.saya tak berapa lawas n anak pun kerap buang air besar. mempengaruhi jugak la berat badan dia. mungkin badan saya yg tak sesuai nk guna utk anak kedua. tp byk feedback yg pernah sy dgr, produk yg saya guna tu pun antara yg terbaik di pasaran.

Ct Edzreena said...

Assalamualaikum...
semua bagus...antara kita nak ke taknak...displin ke tak..terpulang..bagi saya ...anak 1-3 saya amik NR..lepas habis saya sambung amik few vit shaklee...nak yg moden tapi keaslian traditional nak juga..heheh...badan nak pakai lama kan...hihih...

Cik Pensil said...

hehe. bila banyak pilihan tak tahu pulak yang mana nak pilih kan. semuanya bagus2. tahniah ye bakal dapat baby baru ;D

mama_saly said...

@Noorfarah Dila Zakaria

noorfarah dila, boleh contact sy ni. no 016-9343312.. nnti sy akn bgtahu..

norhamimah ibrahim said...

Spe2 nk bli pam susu spectra dew300 jenis elektrik. Nk bg harga murah je. Wasap 0136248607

Aini said...

Salam dan hai..sy agen amway, kalo berminat dgn set bersalin amway boleh wasap sy 0193986724. Free postage dan lg murah dr biasa ;)

Anonymous said...

Set Confine Mum PREMIUM Leesa Formula terus dari Kilang = RM 280 (Harga asal : RM 350). - "Set lengkap ibu bersalin.."

P/s: Sediakan alamat sahaja, penghantaran adalah PERCUMA.

* Terhad selagi stok masih ada.

Sila Call/SMS/Whatsapp : 010-402 2486
E-mail - iera.dauz@gmail.com

Anonymous said...

Set Confine Mum PREMIUM Leesa Formula terus dari Kilang = RM 280 (Harga asal : RM 350). - "Set lengkap ibu bersalin.."

P/s: Sediakan alamat sahaja, penghantaran adalah PERCUMA.

* Terhad selagi stok masih ada.

Sila Call/SMS/Whatsapp : 010-402 2486
E-mail - iera.dauz@gmail.com

Ros said...

Banyak rupanya set bersalin yang ada di pasaran sekarang.

Ros pakai Shaklee waktu berpantang kali kedua.
Memang puas hati.