Friday, April 27, 2012

Petua supaya mudah mengandung ... InsyaAllah

Khusus buat kawan - kawan yang masih belum di kurniakan zuriat ....

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ ...... ada di kongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil
....
kepada mereka yang puas berusaha dengan bermacam- macam cara .jangan mudah berputus asa ..

cub lah pula petua @ amalan ini ...
  1. Ambil 4 biji buah kurma .. suami genggam 2 biji ,isteri genggam 2 biji
  2. Kemudian ,buang biji kurma tu
  3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas
  5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
  6. Kemudian ,amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab .. selamat mencuba ...
Kata ustaz  ,setakat ni feedback yang dia terima ,kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun. ...

Cubalalah ,siapa tahu ada rezeki ? Allah jualah yang Maha menentukan dan Maha memakbulkan permintaan hamba- hambaNya ......
Sekian ,sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan2 yang lain ....




p/s:- Harap di share kan dengan kawan -kawan lain yang ada masalah masalah susah mengandung  ...
moga2 ada manfaatnya ..... kita hanya sekadar berusaha dan Allah jualah yg Maha Mengetahui jalan2 cerita hambanya ...











Wednesday, April 25, 2012

Air buah gelas besar ....Pior..!

Aduh kepenatan btol rasanya hari ni .. tapi penat2 sempat plak nak update blog .. hehe ..
sampai rumah jer .. siap2 ..solat ..
boleh laa rehat ..
anak2 semua dah tidur dalam kereta semasa dalam perjalanan tadi ..
mungkin keletihan mereka ... cuaca plak cukup2 panas dua tiga hari ni ...
aku rasanya tak betah duduk dalam rumah ,panas sangat2 bahang wap yg terasa ..tapi sabar saja ... mungkin ujian Tuhan buat hamba2nya ....

nak citer pasal air buah plak ... Air buah gelas besar ' Pior ' ...! huk huk .. lama tak pekena air si gelas besar ni ... kalo  kat teganu ni ,air buah gelas besar biasanya di Seberang Takir  yang popularnya ... banyak nya di situ lah ..... gambar signbox nya terlupa nak ambil ...ada tulis .. air buah gelas besar pior ....!apa yang pior tu ..? ermmm entah lah ...
tadi selepas maghrib , aku, cik abang dan anak2 dan juga mak mertua ku ... pergi minum air buah gelas besar ni ... memang tak berubah , best lagi ...





haaa... ini air buah mempelam ku ..... yg sedang2 saja ....



Air buah mak mertua .. Durian belanda ...



yang depan tu air cik abang punyer .. Air timun cina susu .. yg belakang tu buat puteraku ikhwan .. sama dengan abah nya .....cuma yg dia punye kecil sepadan dengan tuan nya ..hahaa...



bukan setakat air buah jer ,tengok ...
mee kari .. dan mangkuk yg kecil2 belakang tu mee laksam untuk ikhwan ..




ni laksa penang ... nampak tak menyelerakan tapi sedap ...!



hurmm .. keropok pun ada order ... yg satu ni memang tak boleh tinggal ....!hehee







duk minum air mama nya ....



emak mertua ku ....



sibuk betoii ikhwan ni ..... ngeee



putera mama sorang ni .. irfan ... tidur ...sebenarnya belum sempat lagi sampai kedai ni dia dah pun tido .. kesian anak mama ni tak merasa air buah ..... nanti lain masa lak yer cayang ...









Apam Polkadot .. " with strawberry filling "

entry kali ni apam polkadot .. filling strawberry ....
oleh kerana dah beberapa kali aku cuba , menjadi juga polkadot aku .. aku kira dah terbaik dah... suka sangat2 aku buat c0mel2 ni .... nanti aku nak buat lagi oleh kerana anak2 aku suka sangat ... suka lihat gelagat2 mereka berebut pilih nak yg c0mel2 .... resepi di bawah dah ku olah dari resepi yg asal .... ikut citarasa sendiri sikit ....









bahan2:-
  • 3 biji telur (gred A) - ambil dari peti sejuk
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum (ayak)
  • 3 sudu kecil baking powder (ayak bersama gandum)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 160 ml susu segar @ susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna ikut suka
  • filling (strawberry ,bluberry ke ,coklat ikut lah ape pun)


Caranya :-
  1. Pukul telur putih sehingga kembang (guna mixer) aku takde mixer ,so anggap lah tangan aku ni adalah sebuah mixer ..letih dehh..)
  2. kemudian masukkan ovallete ,kuning telur  dan esen vanila ... pukul lagi sampai kembang ..
  3. masukkan gula .. dan pukul lagi hingga kembang elok ...
  4. kemudina masukkan tepung dan baking powder di selang seli dengan susu .. kemudian gaul kan hingga sebati dan rata ...
  5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna ....
  6. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah di susun ke dalam acuan pengukus ..picitkan filling secukupnya ...kemudian picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh ...
  7. kemudian dot -dot kan dengan warna di atasnya ....
  8. kukus di dalam pengukus yg telah di panaskan .. kemudian kukus denagn api yang sederhana selama 10 - 15 minit ...pastikan penutup pengukus di balut dengan kain @ aluminium foil untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras apam comel2 tu ...



p/s:- jangan buka api terlalu kuat .kalau nasib kurang baik nanti apam polkadot comel  ni tersenyum plak ( pecah / kembang mekar setaman ..) hahaha....














Tuesday, April 24, 2012

kerana mu apam polkadot ... !

Apam polkadot .. dot .. dot ...
entah apa yang mendorong ku untuk buat apam polkadot ni .. mungkin dari lihat polkadot teman persejuangan blog aku ni  Seharum mawar ... di facebook nya Pepatung Biru ..... yg di buat istimewa untuk besday anaknya .. Adam Haikal .. jadi semangat semula aku ... TQ maa ..
ni dah masuk kali ketiga aku cuba ... 2 bulan lepas pernah ku cuba ..namun tak menjadi ..mungkin perasaan malas menjelma waktu tu ...yg kedua aku buat kelmarin ... punyer la tak cantik dan berkedut polkadot ku .. entah mana silapnya ...dan hari ni baru berjaya dan menjadi sikit polkadot ku .. ada rupanya ..huhuuu .... walau tak sehebat mana .... tapi b0leh laaa ....tengok resepi di sini yer Apam polkadot with strawberry filling ..



















hahahaa ... hambik .. dah jadi ladybird ...




aku nak tunjuk skit apam polkadot ku yg ' dok jadi mareng ..' .. haa ! kan dah keluar di alek teganu aku ... jangan gelak2 eyy .... 




polkadot ku tak cantik dan berkedut dut dut plak ....


silapnya mungkin ' pukulan ' ku pada adunannya sekejap sangat dan tak gebu .. kihkihkihh ...


sebelumnya aku carik resepi di internet ni lah .. ada aku pegi kat blog sorang tu aku cuba resepinya .menjadi cam diatas tu berkedut ... tapi rasanya sedap tapi ..tapi .. kureng lembut ...
hari ni plak aku ubah skit resepi dan aku buat ikut ' citasa aku ' sendiri ... aku kurangkan tepung gandum ,tambah susu dan cara pukulan adunan tu ikut step2 sendiri ..kiranya tak berserabut sangat .... dan bila menjadi aku suka sangat .. bila dah siap jadi sayang pulak nak makan c0mel - c0mel ni ... hehe..


kebetulan plak anak saudara aku ada datang .. teruja sangat dia tengok aku buat ... polkadot kesukaanya corak lady bird sampai berebut2 dengan ikhwan ........... siap nak bawak balik lagi s0 ... aku bagi lah dia satu bekas polkadot ni ....  


cik ngah bagi ke Rafiq ni .... Rafiq  pilih sendiri ..



budak ini lah anak saudara ku (yang di depan skali - Rafiq ...) yg di belakang 2 orang lg budak tu anak aku ...







Sunday, April 22, 2012

Dosa umpat kekal jika tak di ampun mangsa ...!






Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku samada di sedari atau tidak .Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi di ketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya ,bermaksud , "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudara mu dengan sesuatu perkara di bencinya ."( Hadis Riwayat Muslim ).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat ,ia di samakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia. inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan di ampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar - benar bertaubat. Ia hanya layak di ampunkan oleh orang yang di umpat. Selagi orang yang di umpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa di lakukan, maka ia tidak di rasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah yang perlu di renungkan oleh semua. memgumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya di perlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukkan pada dirinya ...

Sabda Rasulullah, "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! janganlah kamu mengumpat kaum muslim ,dan janganlah kamu mengintip- intip keaiban . sesungguhnya ,sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban ,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri ." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat .pada rekod amalan mereka akan di catatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala..

Sabda Rasulullah bermaksud : "perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ."

Pahala yang di kumpulkan sebelum itu akan musnah atau di hapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa- apa lagi ....

Di riwayat oleh Abu Ummah Al-Bahili ,di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. maka, dia berkata kepada Allah "wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini ,sedangkan aku tidak pernah melakukannya."

Maka Allah menjawab :"semua itu kebaikan (pahala ) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk di berikan kepada orang yang di umpat , maka dosa orang yang di umpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat .inilah di katakan orang muflis di akhirat nanti ..

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat ,kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya .Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat ...






 moral :

---> bila membaca artikel ini, takut rasanya ... marilah kita sama2 jauhkan diri dari sifat ini.. tidak di nafikan sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita bercakap itu ini tentang hal2 orang .. aku juga kadang2 pernah juga terlanjur mulut tapi alhamdulillah aku cuba sangat2 elak diri .... moga Allah kuatkan hati kita ..kita punya kelemahan ... namun jadikan kelemahan2 kita yang lalu sebagai pedoman untuk kita mencari kebaikan ....amin.








Thursday, April 19, 2012

kejelitaan semulajadi (natural beauty)

--> Menjaga kejelitaan semulajadi dengan tidak memakai bahan - bahan luaran tetapi menjaga emosi , fizikal dan mental. gunakan masa untuk perkara berfaedah dan tentukan wawasan secara 0bjektif. Jangan banyak angan -angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh .

--> Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut ,tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

--> Menjaga cara berkata- kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi  seperti ' Tolong ' dan ' mintak maaf'.Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan ,sakit hati ,menyampah ,benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

--> Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa di jaga.makanan yang berupa ulam -ulam yang wangi serta sayuran dan buah -buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

--> Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan -bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

--> Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap.Bila bersikat ,ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.

--> Menjaga cara berjalan.Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu di hayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng ( senget sebelah). Muka elok di tundukkan sedikit.

--> Menjaga gerak geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh.Kalau duduk diatas kerusi eloklah sila panggung. Tangan jangan terlalu di gerakkan bila bercakap.Cara bergerak biarlah lemah lembut.

--> Menjaga senyum .Latihlah senyum jangan tersengeh.Tutup mulut bila ketawa.Ketawa secara sederhana.Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

--> Menjaga mata. Mata jangan terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.Usah terlalu kerap menjeling.

--> Menjaga kehormatan. sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibu bapa. bagi isteri izin suami. Pakaian yang sopan.

--> Menjaga sikap. Taat beragama.Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari amat cerewet dan jaga hati orang lain.












Monday, April 16, 2012

take my heart




i L0ve this s0ng .....
take my heart .....
untuk mu ' Insan- insan yang hadir dalam hidup ku..'
i love u all .........

p/s: ..... kalo nak dengar.. tolong off kan widget lagu kat tepi my blog tuh... oke!






Saturday, April 14, 2012

Peristiwa ...Ular sawa..?

kecoh sungguh petang tadi !....
pasal ular sawa...
Citernya .... jeng... jeng..jenggg

ini dia , ....!
mula2 tu .....
cik abang aku duk mesin rumput di sekitar bengkel tempat kerjanya .. tapi tempat tinggal aku juga lah, cuma aku duk kat atas bengkel tu ..2 tingkat..kiranya tempat tinggal sekali dengan tempat kerja abang..maklumlah kerja sendiri ( t0key welding..) huhu...
yang nak diceritakan ,sedang asyik sangat abang duk potong rumput ..tiba- tiba....dia menjeit duk panggil adik dia, Ain (juga tokey welding- share punyer..hehe..) ..terkejut ada seekor ular sawa dekat sangat2 dengan kaki cik abang ..
aduh ...terkejut punya..tapi sempat juga abang melompat ...
(atoi.... syukur ..... takde berlaku apa2 pada cik abang tercayam..isk..isk..)...

Panjang juga  ..

s0, lepas tu call bomba datang tangkap ..memang tak berani walaupun ramai orang situ ..paling selamat panggil bomba jew kan ........

Paling tidak aku bersyukur..tidak ada berlaku perkara2 yg tak di ingini ... dah selesai pun..bimbang juga, sebab kawasan tenpat tinggal, anak- anak pun biasa juga bermain- main kawasan situ .....
okey.. lihat gambar2 di bawah yg sempat ambil tadi tapi tak berapa jelas ........
















Senyum dari sudut kesihatan



  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun , walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman)." Hadis Riwayat Muslim.

  • Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon -hormon. Apabila kita tersenyum ,badan turut 'tersenyum' dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak .Ini sangat bermanfaat  dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

  • Apabila kita tersenyum ,kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

  • Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu , malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.


  • Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung menigkat. seterusnya ,kedua- dua ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

  • " Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman." Riwayat Tirmidzi


  • Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ' stress ' iaitu stres yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan stress yang baik .Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan,

  • Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon ( protien melawan penyakit ) , sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan ) dan sel B ( yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit ).

  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukkan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

  • Senyuman yang di akhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung ,tekanan darah tinggi ,strok, arthritis dan ulser.

  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma ,abdomen ,sistem pernafasan, muka ,kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdoman, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka  serta bersedia menerima maklumat baru.

  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

  • Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah  dan memulakan sebuah ukhuwah.

  • Dalam ajaran islam ,senyum mempunyai kedudukkan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW : "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya  juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar ).


" Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyum lah dari hati
Dunia mu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
ku tersenyum , ku tersenyum.
kemesraan menguntum..

Senyum kepada semua 
senyuman mu amatlah berharga
senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah Ikatan ......"


Hurmmm ....sotong & udang celup tepung

Lama weh tak merasa sotong dan udang celup tepung  ...dan juga ICT ...
ikan celup tepung ..
pekena pulak dengan air kelapa  (aku panggil air nyi0r jer..) .... huhu...
 rindu..lama tak pergi ,paling last sewaktu mengandung 7 bulan anak kedua ..dah sekarang umurnya dah 1 tahun 2 bulan ....lama kannn....
petang jumaat kelmarin pergi makan .. di pantai airport ,seberang Takir ... tapi kedai yang biasa pergi penuh sangat orang ..s0 ,terpaksa pergi sebelah dia lah ...
Biasanya kalau di sepanjang pantai seberang takir ni ,yang popularnya deretan kedai - kedai sotong celup tapung ,bukan sotong jew ..udang ada ,keropok,ais batu campur .....dan lain2 ...memang santai ..ummph ...!


udang ...





sotong ...(tak nampak rupa sotong laaa...)



Air kelapa ...





yang ni pun air kelapa jugak tp dalam gelas jew ....




satu air kelapa untuk si sulong ...



cukup lah air kelapa gelas ni untuk irfan ..





Thursday, April 12, 2012

masalah hadir tanpa diundang ...!


" kemarahan 0rang yang berakal di lihat pada tindak - tanduknya dan kemarahan yang ada pada 0rang jahil itu dapat di lihat melalui perkataannya"..
-Saidina Ali bin Abi Thalib


masalah...masalah...pr0blem..problemmm....
memang hadirnya secara tiba2...malah tak di undang pun datang jugak ....kadang2 nak lari dari masalah namun kena hadapi ...
lari bukan jalan  penyelesaiannya....
s0,macam aku ni...sebelum ni adalah sikit masalah dengan faceb00k...
sebelum ni takde pulak ...
mungkin aku ni terlampau emosi kot .. huk hukk ....

bukan apa,kadang2 terasa hati dengan sikap sesetengah 0rang...aku cuba elakkan dari 'terasa hati' so.....namanya aku ni manusia...
Darmmm....!!! ... terasa jugak..
tapi,tak kesah lah..aku dah memaafkan insan2 sekeliling ....mungkin itu tanpa di sedarinya .....samalah dengn aku ,aku pun tak tahu, mungkin pernah jugak melukakan hati 0rang tanpa aku sedari... heheee....
jadi sekarang..aku 'berhijrah' sekejap dengan facebook baru .....
maaf yer teman2 ...... aku berehat untuk seketika jerr .......
nanti panjang umur bersua lah semula .....








aku yang dalam kesedihan ... isk isk....




Wednesday, April 11, 2012

Dosa gugur apabila suami , isteri bersalam




RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram dihadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami,malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekakalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada  keredhaan suami ...ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua ..

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga ..

Oleh itu, wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud. "bersungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:


"wajahmu dengan airmata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Pencipta mu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu"



















Tuesday, April 10, 2012

jika kita punya niat baik,,Tuhan selalu berikan jalan!!





Sahabat2 hati ku yang disayangi ...
D imana ada benci,
biarlah kita membalasnya dengan sayang ...

Di mana ada hati yang terluka,
Di situ biarlah kita yang menjadi penyembuhnya ...

Di mana ada duka,
Di situ biarlah kita yang menjadi penghiburnya ..

Di mana ada perselisihan,
Di situ biarlah kita yang merapatkannya ..

Di mana ada keraguan,
Di situ biarlah kita yang meyakinkannya ....

Di mana ada putus asa,
Di situ biarlah kita  menebarkan harapan ..

Di mana ada kesedihan,
Di situ biar kitalah yang berkongsi bahagia ...

Di mana ada kegelapan,
Di situ biarlah kita yang membawa cahaya ....

Jadikanlah kasih mengasihi itu amalan hidup kita .. selagi kita masih hidup ini dan masih mampu membantu dan mengasihi orang lain ....selagi itulah kita akan mendapat 'geran' dari-Nya .. Insyaallah.






Monday, April 9, 2012

saya sangat bahagia bersama awak ...


Bila hati saya rasa bahagia, saya tak akan lupa untuk mengucapkan alhamdulillah kepada Allah.. saya berharap dengan rasa syukur ini akan memberi kehangatan cinta yang luar biasa.. biarlah getaran perasaan ini dalam frekuensi iman..hakikat bahagia itu bila ia membahagiakan selama-lamanya.

Tidak perlu bohong pada diri.jujur sahaja bila hati sudah suka.. bahagia itu amat luas maknanya, jangan sempitkan hanya kerana derita lama ..setiap orang punya ceritera kehidupan yang berbeza.. begitu juga dengan saya, awak dan dia .. Carilah erti bahagia ..ia ada didalam rasa.

Bahagia itu mahkota di singgahsana rasa .. bahagia itu suatu ketenangan .. Bila susah tiada gelisah .. bila miskin selalu tetap bersyukur kepada Tuhan .. bila sakit tiada resah di jiwa ...

Bahagia itu suatu kesyukuran. bila kaya menjadi insan pemurah .. bila berkuasa ia amanah.. bila berjaya ia tidak alpa.. bila sihat ia tidak lupa kepada Tuhan.. bila berhubungan ia setia pada yang satu.


Sama juga dalam konsep memberi ,,

Bila kita hendak membahagiakan orang lain, insyaallah kita akan terlebih dahulu diberi rasa bahagia .. tangan yang menghulur bunga mawar, pasti dahulu berbau harum.. orang yang berbuat baik dengan hati yang ikhlas dan penuh dengan kasih sayang, tidak akan dikecewakan Allah.

Selagi nafas masih terhela, hargailah insan-insan di sekeliling kita .. terutamanya insan yang amat menyayangi diri dan hati kita. Insyaallah,bila ada kemahuan pasti ada jalan .. dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.. kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu kearah mana ia hendak mengalir.

mulakan dengan pandangan kasih yang paling dalam cintanya. katakan pada dia "saya sangat bahagia bersama2 awak .. terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya". sebarkan rasa cinta ini kepada semua, biar dunia mengerti  rasa bahagia yang sebenar ...

Lantaran itu , curilah masa sepertiga malam. kucuplah dahi sejadah sambil mengulang-ulang ayat-ayat cinta kepada-Nya. pasti jiwa terasa aman , bahagia dan tenang ...

Kebahagian itu adalah ketenangan..bila hati sentiasa mengingati Allah.
firman Allah swt ,"ketahuilah dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang".

Hidup terlalu singkat. hidup hanya sekali. mungkin rasa bahagia ini adalah  terakhir buat kita ..jangan lepaskan ..jangan sekali- kali tinggalkan. agar rasa bahagia membumbung tinggi, tiada sempadan, tiada sekatan ,alirkan ia kedaerah kesyukuran yang paling tawadu'..










Sunday, April 8, 2012

kek kukus susu simple

dari sehari aku  nak update pasal kek kukus ni...
aku buat 2 hari lepas..hari sabtu...sebelum nak balik rumah ibu...hari tu ibu ada call katanya ada buat nasi dagang....
aduh...rindu betul dengan nasi dagang ibunda ku....
biasanya setahun sekali saja ibu ku buat,tapi entah apa mimpinya ibu dibuatnya nasi dagang hari nim...
cakap pasal nasi dagang,dari kecik2 seingat aku memang nasi dagang adalah menu utama ibu untuk hari raya .....sampai lah kesaat ini,aku dah besaq ,dah punya anak..ibu masih mengekalkan 'kewajipan'  buat nasi dagang......
nanti raya akan datang sape2 nak datang makan nasi dagang jom lah.. hehe....
rindu deh,,tak sabar2 nak pulang ni....tapi,sebelum tu aku buat kek kukus susu sedikit untuk dibawa kerumah ibu...
hehe...penuh rumah 'nenek' dipenuhi anak2,menantu dan cucu..wah meriah gitu....

kek kukus ni aku terlupa nak ambik gambar,nasib sempat ingat tinggal 3 keping ambil gambar..
hu huu...memang 'hodoh' laa kek ni..nak buat camne,yang last punya...
tapi aku suka rasa kek ni,rasa dan cara buatnya memang2 cukup simple...elok untuk juadah seisi family ......kakak aku siap salin resepi , katanya nak buat .....
kalau korang nak buat pun ada resepi aku serta kan di bawah ... jom terjah .....!




kek kukus susu simple


bahan:-
  • 250 gm butter cup@ marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

cara2:-
  1. Pukul butter cup dengan gula hingga kembang dan gebu..
  2. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji...juga masukkan esen vanila.
  3. masukkan pula tepung naik sendiri dan susu pekat yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air..
  4. selepas itu masukkan adunan kedalam loyang yg sesuai yg sudah digoles dengan sedikit butter dan tepung...
  5. kukus selama 60 minit atau hingga masak..
  6. selamat mencuba ya comel2.....