Sunday, November 4, 2012

semoga anda berjaya.... SPM 2012

 
 
 
Esok.... pelajar tingkatan 5 adik-adik kita ni akan menduduk peperiksaan SPM.. satu peperiksaan yang boleh dikatakan penentu masa depan .. saya doakan yang terbaik buat adik-adik semua.. semoga berjaya.. buat adinda yang tersayang 0cu Fatehah ..... jawab dengan baik ya sayang.. biarpun 0cu tak akan baca dan tahu apa yg di tulis di sini...( busy... takde masa..) tapi tetap juga mendoakan semoga berjaya...... amin
 


14 tips persediaan sebelum menghadapi peperiksaan:-

  1. Malam ni selepas solat isya', solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah untuk mudah jawab soalan
  2. Doakan ibu bapa agar pintu rezeki terbuka
  3. Doakan guru dan kawan-kawan agar ilmu jadi berkat & malaikat doakan kita berjaya dalam SPM
  4. Tidur awal & baring mengiring ke kanan... pagar diri sebelum tidur dengan Fatehah, 3 Qul, ayat Qursi.. hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan
  5. Bangun pagi terus senyum.. baca doa2 agar cemerlang
  6. Sebelum solat subuh, solat hajat
  7. Pastikan sarapan agar ada tenaga dan pakai perfume (berpada untuk wanita) dan deadorant untuk rangsang otak
  8. Elak berbincang di luar dewan, takut jadi lebih panik
  9. Doa beramai-ramai
  10. Masuk dewan dengan bismillah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu
  11. Baca doa penerang hati termasul Al-Insyirah
  12. Bila bingung, istighfar dan selawat banyak-banyak untuk dapat ilham Allah
  13. Habis jawab lakukan doa kesyukuran
  14. Elak bincang dengan kawan lepas exam.. terus bersedia untuk subjek esok pula


p/s:  Semoga lulus cemerlang dan selamat berjaya ...





5 comments:

Nora Karim said...

Good luck buat semua yang menduduki SPM thn ni... moga dapat result cemerlang...

Khairul Bariah Salleh said...

good luck utk semua calon SPM especially adik Saly...:-)

Mummy Ayda said...

Salam Saly,
mummy doakan semuga anak anak tenang menjawab soalan peperiksaan
insyaalah akan mendapat result yang terbaik...... :-)D

~aYu~ said...

good luck utk adik mama saly yer.. saya pun ramai yg SPM tahun ni.. adik ipar dan anak-anak sedara..

mama_saly said...

thanks semua..sebab mdoakn yg terbaik buat adik2 kita..
amin..:)