Friday, November 30, 2012

Mengenali tingkahlaku anak berumur 2- 4 tahun


 
 
 
 
Semasa umur ini anak-anak penuh dengan sifat ingin tahu .. benda yg dilarang adalah benda yg akan dibuat .. kadangkala habis idea kita hendak menegur mereka..... pernahkah kalian alami.. saya dah pun alami sekarang .. bila baca artikal di bawah, dari sumber FB ... ada juga benarnya.... yup ,kita sama -sama kongsi
kenalilah tingkahlaku anak2 dengan lebih mendalam ....




Perkembangan Fizikal

Sangat aktif , suka berlari dan melompat. Mereka sukar duduk diam dalam jangkamasa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot -otot badan...

Penyelesaiannya : Bawalah mereka ke taman permainan selalu bagi melatih fizikal mereka di bawah pengawasan ibu bapa.



Perkembangan Mental

Mempunyai daya konsentrasi sangat rendah dan mudah merasa jemu. Tetapi mempunyai sifat rasa ingin tahu yang sangat tinggi.Percakapan mereka  juga masih terbatas tetapi mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang ..

Penyelesaiannya : Ibu bapa perlu bertindak sebagai pendengar yang setia pada setiap bebelan mereka.. tingkatkan penggunaan 5 pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang .Berikan mereka permainan yang melatih kreativiti mereka seperti menyusun blok ataupun puzzle...


Perkembangan Emosi

Menyukai suasana yang sudah di kenali dan takut jika dalam suasana asing.

Penyelesaiannya : Bawalah mereka sekerap mungkin bergaul dengan orang sekeliling. Lama kelamaan rasa takut itu akan hilang.



Perkembangan Sosial

Mempunyai sifat berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri  mereka yang banyak  'Menentang ' dalam setiap arahan ibu bapa dan seringkali mengatakan 'Tidak' . Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

penyelesaiannya: Ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulang kali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang.. pelukan dan hubungan baik melalui rakan sosial mampu melembutkan sifat egoistik mereka.





3 comments:

Khairul Bariah Salleh said...

tq saly for sharing..mmg geram kdg2 dgn qusyairi, ari2 "gaduh" dgn mama..tp x pe la, perkembangan yg sihat kn?

mummY daniSha said...

gud info ..thanks!

aTieYusof Family said...

Nice sharing Sally..
byk yang boleh kita belajar dgn keletah anak2 mengikut umur ni kan...:)