Wednesday, October 24, 2012

Selamat malam sahabat semua..




Marilah bersama mengamalkan sunnah-sunnah Nabi saw sebelum ,ketika dan selepas tidur.


  1. Sebelum dan selepas tidur.Ramai orang memperlekehkan doa harian .Tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat.Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barang siapa yang mebaca tasbih fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih fatimah? Subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33 x.
  4. Baca 4 Qul (An-nas, Al-falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun). Tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur , nescaya terpelihara daripada godaan dan gangguan syaitan dan bencana manusia dan jin daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun tahajjud. Sekiranya tidak terjaga Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu...
  8. Tidur cara Rasulullah saw  dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Selamat malam sahabat semua.....!



3 comments:

yan's cottage said...

salam saly.....
tq info menarik yang perlu dijadikan amalan harian

ieedaz @ mama_isha said...

slmt pg sbb dh pg...nice sharing dear..tq

Anonymous said...

Salut les gars, Combien d'articles dirais qu'il faudrait pour commencer, et pour attirer l'attention des lecteurs d'un blog à partir?.