Friday, October 12, 2012

Bersama mengejar rumahtangga bahagia



sekadar satu perkongsian saja......
info: facebook


  • Sering melakukan kegiatan bersama- sama seperti makan bersama, keluar berjalan, beriadah dan mandi bersama.
  • Galakkan isteri tidur diatas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada dibelakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbula madu.
  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk)
  • Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya ruamhtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  • Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendri. (fikirkan)
  • Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan kegiatan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  • Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan  seperti matahari sentiasa panas. isteri pula bulan ,cantik lembut dan indah di pandang. manakala anak- anak pula umpama bintang-bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  • Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka!
  • Ketua rumahtangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, samada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  • Keluarga islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga- merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



12 comments:

~~zana@pb~~ said...

Terima kasih kerana mengingatkan akak, ada juga yg tidak di praktikkan. Maklum la, zaman skrg ni....zaman fb, blog dll. Nak tambah sikit, kalau suami isteri ada facebook tu, jgn pula sorok dari isteri atau suami. Tidak jujur dgn pasangan namanya.

Cik Tie@Akak said...

dulu masa mula2 kawen selalu gak tdo atas lengan suami,skrng ni bila lama sket je,laki kata...kepala awak berat lah..banyak lemak...hihihi

Kakzakie said...

Dijadikan manusia itu berpasang-pasangan, oleh itu hargai nikmat yg Allah berikan utk kebaikan bersama.

izzah said...

Thanks 4 da info....mmg elok sgt utk diamalkn...ada lg yg kna tmbah...isteri hndaklah sntiasa masak utk suami n keluarga sbb dr mknn la terdapatnya keberkatan....ank2 yg mkn mknn dr air tgn ibunya pn akn jd anak yg pndai n dengar kata:-)

mama_saly said...

betl tu akak..zaman skrg zaman bertenet... yg tu lah jadi takut tu...isteri sorok dari suami.... para2 suami pula sebaliknya... sama je kan.. moga2 kita masih setia pd pasangan dan begitu pula dari pasangan kita.....:)

mama_saly said...

hihii..lucu kan..biasanya mmg gitu,baru2 kawen..ank2 pun takde lg kan.lengan suami lah jadi alas kepala..ehee..tp bila dh ada ank,anak pulak yg bmanja..^_^

mama_saly said...

setuju akak..
suami isteri smoga sama saling mhrgai masing2..
pbaiki &terima kkurangan,resepi kabahagiaan..:)

mama_saly said...

trm kasih izzah..
kalu bab memasak utk suami n kluarga tu penting sangat2..
kasih sayang kita umpama diadun bsama masakan..
suka dengan kata2 izzah, anak2 yg makan makanan dr air tangan ibunya pun akn jd anak yg pandai n dengar kata...TQ ya..:)

izzah said...

u r welcome...done following u...follower ke 111...cntik nombor tu...br dpt follow coz sblm ni on9 hpon jer...=)

aTieYusof Family said...

perkongsian yg sgt berguna... sharing is caring :)

mama_saly said...

111 huh memang cantik...
TQ ye izzah sudi follow n singgah sini...
~~.)

mama_saly said...

^_^
TQ ya atie..