Thursday, August 2, 2012

Anak comel yg kehilangan ibu bapanya

Tersentuh hati..
sedih bila baca tentang kemalangan wanita hamil 7 bulan .. :(
alahai.... nangis rasanya.....




Tolong jaga anak saya baik- baik .., " itulah pesan terakhir Allahyarhan Siti Noor Edayu Roslan kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya Mohd Hafeeze Mohd Hanafi ,30. maut dalam kemalangan ...



Mohd Hanif Hafeeze, berusia 2 tahun ..
sepatutnya raya tahun ini lagi seronok  untuk Hanif kerana dia sepatutnya menerima seorang adik baru ... Namun takdir Allah swt tiada siapa yg tahu dan tidak boleh di ketepikan ... kita hanya mampu merancang , Allah jua yang menentukan ..
Pagi semalam ,dalam sekelip mata , adik Hanif menjadi yatim piatu . dia kehilangan kedua ibu bapanya dan adik yang masih dalam kandungan ibunya .. sedih bila mendengar ..
dalam kejadian  di jalan 15/56  AU 3  Keramat, kira-kira jam 7 pagi itu, bapanya Hafeeze Mohd Hanafi, 30. dan ibunya Siti noor Edayu Roslan, 26 yang hamil 7 bulan , menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, di rempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.. kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit  lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu ..Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit antara dua bas.. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital ..

dan kini adik Hanif di jaga oleh neneknya ..

sumber


Semoga anak comel ini membesar dengan penuh kasih sayang ..
sungguhpun telah yatim piatu ....

6 comments:

eMMe said...

Alfatihah, moga roh Arwah ditempatkan golongan beriman, Ya Allah sedih la baca cite ni tragis dan menyayatkan hatiku... moga Allah melindungi keluarga ini..Amin...

Norzie hany said...

Ya Allah sedihnya dengan berita ini.Al Fatihah utk arwah.Klik semua iklan nuff saly.

mummycda said...

Rasa sebak kan tambah2 berlaku di bulan mulia nie.....anak sekecil nie masih tak tau apa2....sama jugakla ngan arwah kawan ida anak pun baru 2 thn....dah mula cari tanya pasal mama dia.....:(

saly@mama-i said...

ye emme.. sedihkn.. moga ank comel ini dilindungi..amin

saly@mama-i said...

mmg sedih..alfatihah..
thanks sis..:D

saly@mama-i said...

betul tu ida..sedihkn..tbayang andai dtempat kita..
arwah kwn ida,arwah syaleza.. kesian ank dia..mesti rindu mamanya..ada ikut jg berita ttg arwah..moga2 keadilan akn ada..