Saturday, July 14, 2012

HERNIA mampu ancam nyawa ..!

14/7/2012


Hernia atau istilah biasa orang panggil angin pasang / uluran.. ku tahu, rupanya ukuran tu adalah hernia juga .. 
cakap pasal hernia ni , 
Anakanda sulong (ikhwan haiqal) pernah mengalami sakit hernia .. Masa sebelom anak di sahkan hernia , aku tak tahu langsung pun apa itu hernia .. hingga lah anak sendiri sakit, baru ku tahu.. itu rupanya hernia .. aku pun tak sangka sama sekali.. Mai aku nak imbas sikit, bagaimana mula- mula anak tersayang di sahkan hernia :

Oke .. permulaannya ..
Masa dalam pantang tu aku tak perasan pun ikhwan ada tanda2 tak normal pada 'bebird' dia .. sebab tengok pun macan takde papepun.. bila masuk umurnya 40 hari , lepas je memandikan dia, tetiba mama tengok macam merah berkilat sikit di atas ari2 nya.. macam ade sedikit benjolan kecil .. ingat digigit nyamuk je kot kan ,  jadi aku cuma sapu2 ubat biasa . Oke lepas dari hari tu, semakin hati tengok seperti semakin besar je dia punya bengkak tu .. makin berkilat dan merah plak tu .. haish.. hati makin gelisah dibuatnya .. dan lepas satu hari tu ttiba mama tengok benjolan tu seakan turun  kebawah dan kantungnya tu jadi besar sebelah je.. ke aku salah tengok. Aduhai .. 

Perasaan aku tak keruan. kenapa ni dik  .. sakit apa diaa ..?..hati mama jadi sedih, takut...patut laa  sebelom ni ikhwan selalu jer menangis- nangis .. macam tak selesa ... kadang tu nangis2 sampai tak tau dah mama nk buat apa.. ingat kan dah memang dia suka nangis .. 
Oke .. lepas tahu tu ,aku dan abahnya ikhwan pergi rujuk pada klinik swasta yg berdekatan sini.. di klinik iman 
Periksa punya periksa ... .Kemudian doktor jelaskan yg kemungkinan   ikhwan sakit Hernia ..Aku pun terkejut .. apa tu hernia..? masa tu aku tak berapa faham sangat ...doktor pun menerangkan , hernia adalah angin pasang atau uluran 
baru lah akhirnya aku faham .. doktor kata, hernia pun kebiasaan budak budak boleh kena .. 
Kesian anakanda aku .kecik2 dah kena ..baby lak tu ..
Kemudian kata doktor , kena rujuk hospital sebab doktor pun takde ubat nak bagi , biasanya ia kena buat pembedahan .. 
what ,.? Pembedahan .... !!! Sob sobs..... 
doktor pun buat surat untuk refer ke hospital ..sebab hernia ikhwan dah makin besar bengkaknya ... jadi kata doktor tak boleh tunggu lama2 kan bimbang akan saluran usus dia ..
Kesan dari hernia tu , ikhwan selalu jer tak sihat dan demam2 ..hari2 mama selalu lah gelisah .. begini rupanya perasaan seorang ibu . Ya Allah , tabahkan hati ini ..

Tiba tarikh yg diberi .. pergi lah aku membawa adik ikhwan kehospital dengan ditemani en.abang dan umi (ibu mertua )
Di hospital , doktor membuat pemeriksaan  dan katanya dah tak boleh tangguh lama2 lagi , doktor pakar pun buat satu tarikh appointment  untuk jalani pembedahan .... dia bagi tarikh yg sesuai ..sebab hanya itu satu2nya cara untuk hernia .. jalani pembedahan .. tak sanggup nak dengar masa tu ...
tarikh operate doktor bagi bila umur ikhwan 5 bulan ..

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba lah tarikh tu..Pagi pagi dah bawa ikhwan masuk wad .. tak sedap hati, camne nak operate, ikhwan tetiba jer demam ..memang  selalu  lah dia tak sihat. Dia akan demam secara tiba tiba.
Oke , masa pagi tu Bile di periksa doktor.. ambik suhu.. doktor kata ikhwan demam.. jadi operate terpaksa di batalkan .. dia nak bila pbedahan tu anak betol2 sihat .. selsema pun dia takkan buat .. jadi dibatalkan dan Doktor beri tarikh baru mengikut kekosongan bilik bedah ..tarikh baru ikhwan bila dia masuk  7 bulan pula ...Takpe lah.. bertabah lah wahai hati ..

tunggu 7 bulan dulu .. sampai lah tarikh yg dijanjikan , 1hb 3 .. Bila sampai tarikh operate yg kedua ni alhamdulillah ikhwan sihat dan tak demam  ..Pergi masuk wad.., jadi, esok nya  operate jam 8 pagi .. 
8 pagi .... anakanda tersayang di masukkan kebilik bedah .. Alahai sedihnya hati hanya Allah yg tahu ,sedih sangat tengok dia waktu tu ..dalam hati mama cuma mampu   berdoa untuk segala kesembuhan dan keselamatan semasa pembedahan nanti ..Insya Allah .. selamat kamu duhai anak ..dalam hati mama juga berbisik" maafkan mama sayang.. sayang terpaksa lalui semua ni untuk sihat ..apa silap mama sewaktu mengandungkan adik. atas pemakananke apa ke ...sampaikan adik terpaksa menanggung derita itu ....mungkin ini semua ujian dari Tuhan atas hambanya .. "




ikhwan 7 bulan

Hari operate .. 2/3/2009

Lepas dari operate
.. masih lemah.. ikhwan nangis2 nak susu tp terpaksa berpuasa dulu 4 jam.. 



selepas dari pembedahan

Doktor minta ibu hantarkan sendiri anak ke dewan bedah.. siap dengan pakaian khasnya.. ikhwan asyik menangis nangis., kesian sangat .. sampai sana , doktor suruh aku cium dia puas puas.. peluk dia..  masa ni aku tak tahan sangat..laju jer mengalir air mata ni .. aku cium2..peluk2.. ikhwan nangis sekuat hati  bila cuba di ambil doktor.. terus doktor letak kan dia atas bad bedah .. aku tengok doktor pekup kan seluruh mulut dan hidung ikhwan dengan alat biusnya .. sedih nyaa ya Allah.. dalam nanges nanges ikhwan senyap akhirnya ... sudah tak sedarkan diri.. makin laju jer air mata ini .. doktor suruh aku tunggu di luar ..


"Ya Allah ... kau lindungi lah anak ku di bawah kasih rahmatMu.."

Alhamdulillah ...
sejam dari tu pembedahan selesai akhirnya..
Ikhwan pun dah sedar ..
Alhamdulillah .. terima kasih atas kesembuhan anak ku ini ..


dan ...
Alhamdulillah .. sampai sekarang ikhwan masih sihat selepas dari pembedahan hernia tu .. syukur alhamdulillah ....syukur ya allah .. dan sekarang dia dah pun 4 tahun ..cuma dia terlalu kerap sembelit .. kiranya kalau makan banyak buah2 jadi oke laa ...mama doakan semoga kesihatan anak mama tersayang ni berpanjangan selamanya ..amin..dan kalau nak tahu tentang hernia ... infonya ada di bawah ... jom sama2 baca ..!!
,
,
,

HERNIA

Masih ramai yg tidak begitu mengetahui secara mendalam mengenai Hernia .Sekalipun ia lebih banyak dihidapi lelaki dewasa tetapi hernia juga boleh terjadi dikalangan kanak2.Dikalangan masyarakat kita ia lebih sinonim sebagai angin pasang atau uluran .Hernia diambil dari perkataan latin, hernias yg membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi sesuatu rongga melalui bukaan otot yg lemah pada bahagian abdoman.Dinding rongga yg lemah itu membentuk satu kantung dengan pintu berupa cincin.Gangguan ini sering terjadi dikawasan perut seperti usu kecil, usus besar atau lapisan lemak yg menyelaputi kedua-dua usu ini..
Antara jenis hernia yg popular seperti hernia inguinal (pada celah kelangkang dan paling kerap dijumpai) .. Hernia umbilikal (pada pusat, paling iasa dikalangan kanak-kanak)  dan Hernia selepas pembedahan  ..(kekuatan otot2 lazimnya tidak seratus peratus kembali seperti asal)
Lebih ramai lelaki yg mengalami hernia inguinal berbanding wanita disebabkan oleh proses perkembanganalat reproduksi mereka yg berbeza. Pada janin lelaki ,testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju kantung kemaluan pada bulan ketujuh atau kelapan kehamilan.Lubang yg berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum sianak mencapai usia setahun. ketika dewasa kawasan itu kawasan itu boleh menjadi titik lemah yg berpotensi mengalami hernia. Penonjolan terjadi kerana adanya kelemahan pada otot dinding perut. Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut.. misalnya akibat meneran ketika buang air, batuk-batuk atau mengangkat bebanan berat..
Lazimnya hernia pada orang dewasa terjadi pada usia lanjut bila organ dan jaringan tubuh mengalami proses kemerosotan.. sejarah keluarga, pernah mengalami hernia, tabiat merokok, kehamilan, sembelit teruk, bayi dilahirkan pramatang, ubat- ubatan tertentu dan penyakit diabetes juga merupakan sebahagian risiko hernia.. Jika seseorang pernah menghidap hernia pada bahagian kiri, risiko untuk mengalaminya sebelah kanan juga adalah tinggi.. Pesakit hernia yg selamat di bedah boleh mengalami kes berulang dalam masa beberapa bulan ke setahun.. Namun ,apabila hernia berulang setelah dua tahun atau lebih, kelemahan yg berlaku mungkin telah berkembang kepada inkarserat atau tercekik ..(dimana bahagian usus berkenaan terjerut, bengkak dan tidak dapat di tarik kembali).. bagi mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yg dapat meningkatkan tekanan didalam rongga perut.. misalnya berhenti meroko, jika sukar membuang air besar,segera berubat dan elakkan meneran.. bertukarlah kepada kerja- kerja yg lebih ringan dan menurunkan berat badannya.. kesimpulannya, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi, jangan mengurut hernia kerana ia adalah berbahaya.. tekanan keatas hernia boleh menyebabkan organ- organ berkenaan pecah, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut ..!

sumber: mingguan wanita


11 comments:

ini kesah 0cu ... dunia 0cu said...

0cu ingat lg masa ikhwan kecik2 dlu.sian lop ikhwan.

Ena's Palace said...

cian nye ikhwan....alhamdulillah la sbb da sehat kan...setiap dugaan yang diberi, ada hikmah disebaliknya...

saly@mama-i said...

pastu becor ni lop 0cu jadi geram tgk 'kenakalan' ank sdare 0cu ni..ekekekeeee

saly@mama-i said...

tQ ena.. btol tu..dugaan dtg bkn kita pinta tp ia dtg mgkin ada hikmah..

yan's cottage said...

betul tu saly......apa pun sekarang ikhwan dah sehat syukur pada
allah...!!!!!

saly@mama-i said...

TQ yan.. itu yg saly hrpkn ..moga smpai bebila pn ank2 kt semua sht sntiasa..

Norzie hany said...

Semoga Ikhwan akan terus membesar dengan sihat.Tq atas info hernia...baru tahu.

mama irfan said...

ala siannya ikhwan... penah dengar sal hernia ni...

saly@mama-i said...

TQ norzie.. Amin..:)

saly@mama-i said...

hernia @ uluran.. x sgka kecik2 pun ada gk.. ingatkn org besar2 jer kan.. ehee..

Hernis said...

Obat Pembesar Payudara

Obat Pemutih Kulit

Obat Pemutih Gigi

Obat Penggemuk Badan

Obat Penghilang Tato

Crytal x

Celana Hernia

Cream Pemutih Wajah

Selaput Dara Buatan

Alat Pembesar Payudara

Obat Perontok Bulu

Obat Peninggi Badan

Obat Ambeien 

Pemutih Selangkangan

Obat Wasir

Cream Pembesar Payudara

Obat Menghilangkan Bekas Luka

Obat Penumbuh Rambut