Tuesday, June 12, 2012

kau dan aku berbeza........

sememangnya dalam kehidupan ,
kita pasti mahukan pasangan yang sama citarasa..
sama prinsip...sama hobi... sama cantik..sama padan ...
dan serba- serbinya sama....
pokoknya sama..! (aduh... pengsanglah kalo macam ni kan... hehe.)
namun.... ketahuilah jika meletakkan pergantungan  pada ' kesamaan' dan 'keserasian' ....
tidak dapat menjaminkan sebuah kebahagiaan di dalam sesebuah hubungan atau rumahtangga ....
pernah dengar tak bait- bait lagu indonesia ini ?
,
,
,
'Aku suka jaipong ,kau suka disko.... oh oh ohhh....
aku suka  singkong ,kau suka keju .... oh! oh!...... (hehe.... liriknya mmg aku suka...!) '
,
,


Apapun perbezaan diantara kita dan pasangan... ambil dan simpan ia dalam -dalam...!
Simpan apa dalam- dalam tu...??
..... simpan dan semat dalam hati bahawa Allah SWT ketemukan kita atau lebih tepat lagi memperjodohkan kita (nun.... tercatat dalam lauh mahfuz) ..
untuk saling menerima perbezaan seadanya dan untuk menguji diri masing- masing sejauh mana kita mampu menguruskan perbezaan yg ada sebaiknya .....


indahkan....?
sememangnya indah jika kita mampu menghayati dengan mata hati...
indah jika mampu melayari bahtera dilautan gelombang, sebaik mungkin..
agar destinasi abadi iaitu Jannah mampu kita gapai ....
cubalah belajar untuk menghormati perbezaan agar kita mampu menangani permasalahan dan bagi mengelakkan krisis yg bakal melanda ....
Tak kisahlah kalau si suami gilakan kereta- kereta yg 'Turbo' gila.... atau si isteri sayangkan pinggang mangkuk 'Corelle' yg mahal2...atau si isteri minat 'rock climbing' atau si suami pula suka masak-memasak ..
asalkan keyakinan dalam konteks akidah kita padu ...keyakinan kita pada Allah mantap..  dan nilai hidup kita berpandukan Alquran dan sunnah....
itulah hakikat perkahwinan .. 
 perkahwinan yg berjaya bukanlah perkahwinan yg sunyi daripada perbalahan ..
.tetapi tiap perbalahan yg berlaku pasti akan membuahkan peluang buat kita untuk saling mengenali.... membina kejujuran dan persefahaman yg lebih baik ...
 inilah kematangan....!
kita dilahirkan berbeza ... kita diciptakan berbeza .... maka, terimalah perbezaan itu dengan rasa kesyukuran ...
terima kasih Ya Allah .....






No comments: