Thursday, June 21, 2012

Istimewa wanita..!

Tahukah... betapa istimewanya wanita..?
Banyak wanita menyatakan bahawa susahnya menjadi seorang wanita:-


---> Wanita auratnya lebih susah di jaga dibanding lelaki.

---> Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

---> Wanita saksinya [apabila menjadi saksi] kurang berbanding lelaki.

---> Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki.

---> Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

---> Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

---> Talak terletak ditangan suami dan bukan isteri.

---> Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas dan lain-lain.




Tetapi ......
Pernahkah kita lihat kenyataannya..?


---> Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata yang sama bandingannya dengan seorang wanita.
---> Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.?

---> Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya.. kerana suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.?

---> Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan  anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia di doakan oleh segala  makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah dimuka bumi ini , dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
Diakhirat kelak seorang lelaki akan di pertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya..
Bagi seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

---> Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu : solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan  menjaga kehormatannya..

---> Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah swt, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.



No comments: