Friday, June 1, 2012

Dunia di penghujung zaman

tsunami yang berasal dari perkataan jepun bermaksud  "ombak gergasi "  sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya..

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap .. adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia  angkara petanda  kemarahan  alam terhadap  kerakusan manusia itu sendiri ...?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal  11 mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu ...

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya ....

Dunia sudah dilanda dua kejadian besar tsunami besar dalam tahun millenium baru dan semakin ramai terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total 2012 ...!

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut .



15 perkara yang mengakibatkan datangnya bencana ..
Daripada Ali bin Abu Talib berkata ,Nabi Muhammad saw telah bersabda :-
" Apabila umat Ku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah  :-

  1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan  mencari keuntungan.
  2. Menganggap amanah seperti ghanimah ( harta rampasan perang ).
  3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
  4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
  5. Anak derhaka kepada ibunya.
  6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
  7. Anak membenci ayahnya.
  8. Ramai orang menjerit- jerit di dalam masjid.
  9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
  10. Orang di takuti kerana kejahatannya.
  11. Minuman arak berleluasa.
  12. Ramai orang memakai sutera.
  13. Penari wanita berleluasa.
  14. Muzik di mainkan di merata- rata tempat.
  15. Umat islam hari ini mengutuk umat terdahulu  termasuk para sahabat , tabiin dan imam.

maka pada saat itu , tunggulah datangnya azab termasuk angin merah ,gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." ( Hadis Riwayat Tirmizi).

Nabi berkata ," Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia iaitu  perbuatan zina dan menderhaka  kepada ibu bapa." (Hadis Riwayat Bukhari).

Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang di segerakan balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali silaturahim. Kejahatan yang di segerakan seksaannya adalah berzina, menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturahim." ( Hadis Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah )











No comments: