Tuesday, July 31, 2012

Ayat seribu Dinar


"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) ,nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya) dan diberikannya rezeki yang tidak disangka- sangka.Dan (ingatlah) ,sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah ,maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."





Hikmah ayat 1000 Dinar.

sesiapa yang mengamalkan ayat ini insya'Allah akan:
  • memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan
  • mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam
  • Jika berperang, insyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Amalan:

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan berdepan masalah. Sebenarnya, ayat 1000 Dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah .. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika  susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, adakalanya kita terlupa apakah doa yang hendak dibaca.yang  sebaik- baiknya ayat 1000 dinar yang mudah dihafal dan dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan,  jin dan iblis.
Bacalah ayat ini sesudah solat 5 waktu, baca ketika hendak tidur 3 kali .. baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya 3 kali...




No comments: