Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu ......

Assalammualaikum
selamat hari ibu buat semua- semua ibu ..umi .. mak ..mama ... mummy ...ma .... tak kira lah apa pun gelaran  ... dan juga buat diri sendiri ..... 

 buat bonda ku  ....
doaku .. semoga diri mu di beri kesihatan yg berpanjangan ...
kelapangan fikiran ... ketabahan jiwa & raga ..dan ... di permudahkan segala urusan ....
Hari -hari adalah hari ibu .. tapi apa salahnya memperuntukkan sehari
sebagai hari yg paling istimewa .....
selamat hari ibu .....
semoga kita semua " IBU -IBU " sentiasa gembira dan di berikan ketabahan menjalani hidup di samping keluarga dan cabaran masa kini .....
sifat penyayang dan kelembutan yg ada pada seorang ibu adalah nilai yang paling berharga ...
kerana dengan sifat semulajadi yg di kurniakan Allah itulah kita mampu membina sahsiah keluaga dan diri anak kearah kebaikan .... anak- anak adalah saham kita di akhirat ......
dan ...

kita sendiri mempunyai ibu ..
sesungguhnya jasa dan seluruh pengorbanan ibu pada kita rasanya tidak terbalas dek wang ringgit atau nilaian emas sekalipun .....
bagi yang dah pergi .. doakan kebaikan dan kesejahteraan mereka di sana ..
dan bagi yang masih punya ibu .... buatlah kebaikan dan bakti pada mereka seikhlasnya  ..
hargailah kehadirannya ...
kerana tanpa ibu siapa lah kita .......

----> Doa ibu ialah keikhlasan terbaik di semesta
----> Doa ibu ialah jambatan kebahagiaan bagi anak -anaknya
----> Doa ibu ialah wujud cinta dari airmata di hadapan Tuhan
----> Doa ibu ialah ketulusan yang selalu memaafkan kesalahan
----> Doa ibu ialah cinta yang tak pernah padam ..


Walau tidak ada hari ibu sekalipun ....,
sudah cukup kita memberikan kepada ibu - ibu kita ini secebis doa sebagai pengikat kasih ......


Ya Allah , ampunilah aku dan kedua orang tua ku
dan kasihi lah mereka sebagaimana mereka mengasihiku
sewaktu aku kecil dahulu ...
amin

















No comments: