Monday, May 7, 2012

Jangan ada benci ....( khas buat suami & isteri )

Tiada apa yang sempurna ... tiada siapa yang sempurna ...
selagi namanya kita manusia biasa ,kita takkan dapat jadi sempurna ..mesti ada yang ' kekurangan ' di mana -mana .fikirkan apa kekurangan anda kemudian berusahalah membaikinya ..berusahalah mencari titik persamaan itu dan elakkan mencari titik perbezaan ...
Di bawah aku kongsikan satu episod kisah suami dan isteri ,semoga bermanfaat untuk kita ..


Seorang lelaki dan kekasihnya berkahwin dalam acara pernikahannya sungguh megah dan mewah ..semua kawan -kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut .suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengasyikkan bagi siapa yang menyaksikan ...
mempelai wanita sungguh cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan kot hitam yang gagah .setiap  pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh -sungguh saling menyintai dan sepadan ..

---> beberapa bulan kemudian si suami berkata kepada isterinya:

" Sayang ,abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita .." katanya sambil menunjukkan majalah tersebut .

"masing -masing kita akan mencatatkan hal -hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita .kemudian kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal -hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal -hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal -hal kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama .malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak masing -masing .
Esok pagi ketika sarapan ,mereka sedia membincangkannya .

"Abang akan mulai dulu ya ", kata suami .ia lalu mengeluarkan senarainya .

Banyak sekali yang di tulisnya ,sekitar 2 muka surat ..... ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai tentang mengenai diri isterinya ,ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir .....

"maaf ,apakah abang harus berhenti ?. tanyanya.

"oh tidak ,teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu sisuami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai ,lalu kembali melipat kertasnya dengan manis diatas meja makan dan berkata dengan bahagia , "sekarang giliran sayang pula membacakan senarai mu ..".

Dengan suara perlahan isterinya berkata ,
" Sayang tidak mencatat sesuatu pun diatas kertas sayang .sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna ,dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang ...
abang adalah diri abang sendiri  .Abang kacak dan baik di sisi sayang . Tiada satu pun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ....."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta  serta isi hati isteri .... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya .. dia kemudian tertunduk dan menangis ........



P/s :
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain ,carilah kekurangan diri sendiri .adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain ..? .. kalau jawapannya YA .maka kita berbohong atau perasan .. kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu di baiki ...


"Hakikatnya orang -orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita ... sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita ....."


Sharing is Caring .......












No comments: