Tuesday, May 22, 2012

bulan Rejab tiba lagi .....

Bulan-bulan islam datang dan pergi tanpa kita sedari ..Biasanya hanya Ramadhan dan syawal kebanyakkan kita sedar .... sekejap je kan ... bermakna dah tak lama lagi bulan Ramadhan bakal tiba ,selepas sya'aban ..... apakah puasa dah kita ganti semuanya..? huhu... aku sendiri pun duk ganti .. letih-letih pun ,hutang kita dengan Allah wajib di ganti.... harap-harap anda jua begitu ...



Antara kelebihan-kelebihan bulan Rejab :-

  • Sabda Nabi s.a.w :Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Sabda Nabi s.a.w :Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulan ku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
  • Kemuliaan Rejab dengan Malam ISRAK MIKRAJ nya, Sya'aban dengan malam NISFU nya, dan Ramadhan dengan malam LAILATUL QADAR nya ..
  • Malam awal Rejab mustajab doanya
  • puasa sehari pada bulan Rejab mnedapat syurga tertinggi(Firdaus). puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab di afiat kan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar kubur bercahya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada 7 pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, di buka baginya 8 pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan dua sayap,terbang seperti kilat di atas Titi Sirotulmustaqim di hari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab,akan dapat melihat wajah Allahdi dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  • kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala kalam,
  • puasa awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan kelebihannya.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
  • Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapus seribu kejahatan.
  • Bersedekah pada bulan Rejab,dijauhkan allah pada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan allah.
  • Sesiap berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya. "Telah wajib hakmu  atas Ku,maka mintalah olehmu kepadaKu,demi KetinggianKu dan KebesaranKu,tidak Aku tolakkan hajatmu,engkau adalah jiranKu di bawah 'ArasyKu,engkau kekasihKu  daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu,sukakanlah kamu,tiada dinding antaraKu dan antara kau."( Dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Siapa melapangkan kekeruhan , kesusahan ,kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.


--->REJAB bulan menabur benih ,SYAABAN bulan menyiram tanaman, RAMADHAN bulan
menuai.
--->REJAB menyucikan badannya ,SYAABAN menyucikan hatinya, RAMADHAN menyucikan rohnya
--->REJAB bulan taubat, SYAABAN bulan muhibbah, RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramal lah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.









1 comment:

CIK TOM said...

banyak amalan yg boleh amal bulan rejab ni..