Thursday, April 19, 2012

kejelitaan semulajadi (natural beauty)

--> Menjaga kejelitaan semulajadi dengan tidak memakai bahan - bahan luaran tetapi menjaga emosi , fizikal dan mental. gunakan masa untuk perkara berfaedah dan tentukan wawasan secara 0bjektif. Jangan banyak angan -angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh .

--> Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut ,tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

--> Menjaga cara berkata- kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi  seperti ' Tolong ' dan ' mintak maaf'.Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan ,sakit hati ,menyampah ,benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

--> Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa di jaga.makanan yang berupa ulam -ulam yang wangi serta sayuran dan buah -buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

--> Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan -bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

--> Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap.Bila bersikat ,ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.

--> Menjaga cara berjalan.Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu di hayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng ( senget sebelah). Muka elok di tundukkan sedikit.

--> Menjaga gerak geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh.Kalau duduk diatas kerusi eloklah sila panggung. Tangan jangan terlalu di gerakkan bila bercakap.Cara bergerak biarlah lemah lembut.

--> Menjaga senyum .Latihlah senyum jangan tersengeh.Tutup mulut bila ketawa.Ketawa secara sederhana.Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

--> Menjaga mata. Mata jangan terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.Usah terlalu kerap menjeling.

--> Menjaga kehormatan. sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibu bapa. bagi isteri izin suami. Pakaian yang sopan.

--> Menjaga sikap. Taat beragama.Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari amat cerewet dan jaga hati orang lain.












No comments: