Sunday, April 22, 2012

Dosa umpat kekal jika tak di ampun mangsa ...!






Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku samada di sedari atau tidak .Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi di ketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya ,bermaksud , "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudara mu dengan sesuatu perkara di bencinya ."( Hadis Riwayat Muslim ).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat ,ia di samakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia. inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan di ampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar - benar bertaubat. Ia hanya layak di ampunkan oleh orang yang di umpat. Selagi orang yang di umpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa di lakukan, maka ia tidak di rasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah yang perlu di renungkan oleh semua. memgumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya di perlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukkan pada dirinya ...

Sabda Rasulullah, "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! janganlah kamu mengumpat kaum muslim ,dan janganlah kamu mengintip- intip keaiban . sesungguhnya ,sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban ,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri ." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat .pada rekod amalan mereka akan di catatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala..

Sabda Rasulullah bermaksud : "perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ."

Pahala yang di kumpulkan sebelum itu akan musnah atau di hapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa- apa lagi ....

Di riwayat oleh Abu Ummah Al-Bahili ,di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. maka, dia berkata kepada Allah "wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini ,sedangkan aku tidak pernah melakukannya."

Maka Allah menjawab :"semua itu kebaikan (pahala ) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk di berikan kepada orang yang di umpat , maka dosa orang yang di umpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat .inilah di katakan orang muflis di akhirat nanti ..

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat ,kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya .Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat ...






 moral :

---> bila membaca artikel ini, takut rasanya ... marilah kita sama2 jauhkan diri dari sifat ini.. tidak di nafikan sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita bercakap itu ini tentang hal2 orang .. aku juga kadang2 pernah juga terlanjur mulut tapi alhamdulillah aku cuba sangat2 elak diri .... moga Allah kuatkan hati kita ..kita punya kelemahan ... namun jadikan kelemahan2 kita yang lalu sebagai pedoman untuk kita mencari kebaikan ....amin.








No comments: