Wednesday, April 25, 2012

Apam Polkadot .. " with strawberry filling "

entry kali ni apam polkadot .. filling strawberry ....
oleh kerana dah beberapa kali aku cuba , menjadi juga polkadot aku .. aku kira dah terbaik dah... suka sangat2 aku buat c0mel2 ni .... nanti aku nak buat lagi oleh kerana anak2 aku suka sangat ... suka lihat gelagat2 mereka berebut pilih nak yg c0mel2 .... resepi di bawah dah ku olah dari resepi yg asal .... ikut citarasa sendiri sikit ....









bahan2:-
  • 3 biji telur (gred A) - ambil dari peti sejuk
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum (ayak)
  • 3 sudu kecil baking powder (ayak bersama gandum)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 160 ml susu segar @ susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna ikut suka
  • filling (strawberry ,bluberry ke ,coklat ikut lah ape pun)


Caranya :-
  1. Pukul telur putih sehingga kembang (guna mixer) aku takde mixer ,so anggap lah tangan aku ni adalah sebuah mixer ..letih dehh..)
  2. kemudian masukkan ovallete ,kuning telur  dan esen vanila ... pukul lagi sampai kembang ..
  3. masukkan gula .. dan pukul lagi hingga kembang elok ...
  4. kemudina masukkan tepung dan baking powder di selang seli dengan susu .. kemudian gaul kan hingga sebati dan rata ...
  5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna ....
  6. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah di susun ke dalam acuan pengukus ..picitkan filling secukupnya ...kemudian picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh ...
  7. kemudian dot -dot kan dengan warna di atasnya ....
  8. kukus di dalam pengukus yg telah di panaskan .. kemudian kukus denagn api yang sederhana selama 10 - 15 minit ...pastikan penutup pengukus di balut dengan kain @ aluminium foil untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam dan mencacatkan rupa paras apam comel2 tu ...



p/s:- jangan buka api terlalu kuat .kalau nasib kurang baik nanti apam polkadot comel  ni tersenyum plak ( pecah / kembang mekar setaman ..) hahaha....














No comments: