Thursday, February 2, 2012

Pernikahan atau Perkahwinan ~





~ Buat Suami ~

Pernikahan atau perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
 isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aishah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah.


Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid(pembimbingnya)
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
untukbelajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
pun bukanlah Sayidatina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.






~ Buat Isteri ~


Pernikahan atau perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad,tidaklah setakwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusof
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan soleh solehah



Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung,kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal,kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal,kamulah penuntun kenakalannya.



Saat suami menjadi raja,kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa,kamulah ubat penawarnya
seandainya suami berkata yang lancang,sabarlah memperingatinya



Pernikahan atau perkahwinan
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.











No comments: