Wednesday, January 18, 2012

Krep dengan Aiskrim & kuah 0ren


biasa la petang2 gini duk fikir nak buat kuih apew ye..
lepas tuh teringat la dalam peti ada aiskrim
yg baru dibeli 2 hari lepas...mmmm...
sejukkkk rasa tekak bile ingat aiskrim ....
wah hahahaaa..!!
bleh jugak untuk sejukkan tekak petang2 gini....
KREP DENGAN AISKRIM berserta dengan kuahnya..
nampak tak menyelerakan tapi rasanya sedap lah juagk...
elok di makan di waktu petang ataupun sebagai pemanis mulut..
tidak rugi kalau korang cuba,so memang sedap...
yuuppp....okey lihat resepi dibawah.






Bahan-bahan:


untuk penyediaan krep:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan susu segar (boleh diganti susu cair)
  • 1 biji telur
  • 1 camca besar minyak masak
  • beberapa titis pewarna kuning (tak letak pun takpe)




untuk kuah:
  • 1 camca besar mentega
  • 1 camca besar tepung gandum
  • 3/4 cawan susu segar @ susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 camca besar jus 0ren


Dihidang bersama:
  • Aiskrim Vanila @ coklat


Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua baha-bahan untuk krep kedalam mangkuk.kacau hingga menjadi adunan bater halus dan sebati.
  2. dalam kuali leper lain,sapukan minyak dan panaskan.masukkan sedikit adunan bater tadi,ratakan untuk satu krep.
  3. Masak dengan api perlahan sehingga permukaan tepi bergulung sedikit keatas dan angkat.Ulangi sehingga adunan bater habis.
  4. Sementara itu ,campurkan bahan kuah kedalam periuk kecil,masak dengan api perlahan. Kacau sehingga kuah agak pekat sedikit.
  5. Semasa menghidang, lipat dan letakkan krep dengan aiskrim dan tuangkan kuah di atasnya.
  6. Hidangkan segera.






No comments: