Friday, January 6, 2012

~ KasIh Sayang AbanG ~







Tatkala ibu mengandungkan anak kedua  ,si ibu mula terhidu perubahan sifat anak pertama  .Kebiasaannya sifat anak pertama tersebut akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa ,lebih sensitif dan mudah merajuk ...Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit merajuk ,begitu sifat abang bermulanya ia sedar makin kasih sayangnya diabaikan .Sifat-sifat tersebut boleh berlarutan sehingga kelahiran adiknya kelak.

Selepas kelahiran anak kedua
Perasaan cemburu si abang terhadap si adik kecil semakin ketara.si abang seolah-olah bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya .Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu ,malah menukarkan lampin adik pun dia cemburu  ..dia bayangkan seolah-olah dirinya sudah tidak disayangi lagi oleh ibunya .itulah sebabnya sesetengah anak yang dah boleh bercakap apabila ditanya  'nak adik ?,' dengan spontannya dijawab 'tak nak !'

Tukar sifat cemburu kepada kasih sayang!!
Biasanya anak tua kita itu akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil ,memukul adik tanpa sebab  ,cubit dan sebagainya apabila 'alpa' daripada pandangan ibu atau bapa.


Sambil menyusukan sikecil ibu juga perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi. ...

Panggilan membentuk sifat
Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan ' adik ' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama sahaja.perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya ...

Pimpin tangan adik
Ketika sudah besar sedikit,iaitu adik dan abang sudah boleh berjalan sendiri ,latih si abang untuk memimpin tangan adiknya .pegang tangan abang dan lekapkan kepada tangan adik ketika berjalan.
Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang terhadap adiknya .sifat sebagai pembela,mempunyai peranan dan tanggungjawab mula terbentuk,iaitu lebih awal daripada kebiasaan ...keadaan ini sekurang - kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak .

Perkongsian
Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak .contohnya jika beli kereta mainan untuk dua orang anak ,dibelikan dua buah iaitu seorang satu buah  .Jika beli air kotak juga dibelikan dua kotak.cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian.ajar mereka berkongsi.jika beli kereta mainan ,pastikan berlainan supaya dapat berkongsi ,begitu juga minuman ... 

Bersikap adil
Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya.dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul ,
sebaliknya latih ,pujuk dan didik.
peluklah sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik.ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulong perlu mengalah .......perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik ,malah adakalanya perlu memikul kesalahan si adik .Adakah ini wajar  ?


keadaan ini tidak adil pada anak sulong malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan .Seterusnya akan menjejaskan misi kita menjadikan anak sulong sebagai pembela yang bertanggungjawab dngan ikhlas.



Hasil penggunaan kaedah-kaedah yang dicadangkan memerlukan masa yang lama.ibu bapa perlulah mempraktikkan secara berterusan dengan sabar dan ikhlas ,Insyaallah dengan izin Allah.






sumber: iluvislam.com



No comments: