Wednesday, January 4, 2012

~ Didik Anak Cara Sayidina Ali ~







Anak adalah anugerah Allah yang amat indah tiada tolok bandingnya  . Jadi tidak hairanlah jika setiap perkara berkaitannya amat diberikan perhatian  .Didikan awal yang sempurna akan memastikan kehidupan depannya yang cemerlang dan indah menurut aturan islam.

Pesanan Saidiyina Ali r.a:"didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun."
  • 7 tahun pertama,beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang , manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
  • 7 tahun kedua ,berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
  • 7 tahun ketiga ,berkawanlah dengan mereka, disaat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat.Bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak.


Fasa 1- Perlu di manja
  • 7 tahun pertama pendekatan yang terbaik untuk mendidik anak-anak ialah dengan memanjakan dirinya .berikan kasih sayang yang melimpah ruah kepadanya ,ini kerana anak-anak pada usia ini amat memerlukan kebergantungan dari sudut fizikal .Apa yang diterjemahkan oleh ibu bapanya dalam bentuk ini akan lebih terkesan dalam dirinya .Contohnya,jika kita sentiasa senyum kepadanya, dia dapat merasakan limpahan kasih sayang yang sedang dicurahkan kepadanya .Anak pada usia ini banyak belajar melalui bermain justeru keberadaan dan penglibatan kita bermain  bersamanya dapat menterjemahkan kasih sayang kita kepadanya .Anak-anak yang banyak dirangsang dengan kasih sayang  pada usia ini akan membina keyakinan terhadap dirinya dan orang lain.sebaliknya jika mereka tidak mendapat keperluan ini ,mereka akan membesar sebagai individu yang kurang berkeyakinan dan sentiasa dalam keadaan cemas terhadap keselamatan diri.


Fasa 2 -terapkan disiplin
  • Fasa kedua kehidupan iaitu 7-13 tahun.fasa ini dipanggil fasa kanak-kanak dimana anak2 wajar diterapkan dengan disiplin yang tinggi.mereka berhak diberitahu mana yang wajar dilakukan dan yang mana tidak .Disiplin bukan bermaksud garang.ibu bapa wajar menetapkan peraturan untuk anak2 dan tegas dalam menguatkuasakan peraturan yg telah dibuat.jelaskan kepada mereka dengan baik dan boleh menjatuhkan hukuman untuk tujuan mendidik jika masih mengulanginya .Bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w tentang suruhan memukul anak jika dia tidak melakukan solat ketika usianya 10 tahun kerana perkembangan minda anak2 diwaktu ini sudah boleh memahami dan bergantung kepada apa yang berlaku sekarang dan disini (here and now). galakan dalam bentuk pujian dan hukuman dapat membentuk dan memberi panduan kepada mereka apa yg perlu dilakukan dan apa yg tidak.


Fasa 3 -Bersahabat dengan anak
  • Pada fasa 7 tahun ketiga iaitu 14-20 tahun ,berkawanlah dengan mereka .Jadilah kawan anak yg paling akrab sehingga mereka boleh menceritakan semuanya dengan kita .Berilah pandangan dan pendapat anda sebagaimana seorang rakan, pandu anak anda dengan nasihat yg baik kerana kekerasan pada ketika ini hanya meretakkan hubungan anda berdua .Pada usia ini anak amat memerlukan pengiktirafan daripada kedua ibu bapanya .Kebergantungannya sekarang tertumpu kepada emosi.jadi  ,beri ruang untuknya berkongsi dengan kita dan jadilah pendengar yg setia.sering adakan perbincangan santai dengannya dan tegurlah kesilapannya dengan cara baik. Akhirnya ,setelah anak mencapai 21 tahun keatas ,layanilah mereka seperti orang dewasa.Usah di herdik atau dimarahi persis budak malah santuni mereka dengan baik.Walaupun telah dewasa ,anak2 memerlukan dorongan dan sokongan daripada ibu bapanya.kita tetap menjadi rujukan untuk dia melakukan atau membuat sesuatu keputusan .Jadi kongsi pendapat kita dengannya namun jangan pila memaksa dia mengikutinya.cukuplah sekadar panduan dan berilah peluang untuk dia memutuskan pilihannya.















No comments: