Monday, January 30, 2012

Bila Ibu boleh memilih ~





Anakku...
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandung mu
maka ibu akan memilih mengandung mu...
kerana dalam mengandung mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah


Sembilan bulan nak,...engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut ke manapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa,
kerana ibu kecewa dan menitis airmata.

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus di bedah,
atau ibu harus berjuang melahirkan mu
maka ibu memilih berjuang melahirkan mu
kerana menunggu dari detik dan saat kelahiran mu
Adalah seperti menunggu giliran memasuki salah satu pintu syurga
kerana kedasyatan perjuangan mu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
Sangat ibu rasakan..
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum  diantara peluh dan nafas kesakitan
yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun


Dan ketika engkau hadir,tangis mu memecah dunia
Saat itulah...saat paling membahagiakan
Segala sakit dan derita sirna melihat diri mu yang merah,
Mendengarkan ayah mu mengumandangkan azan
Kalimat syahadah kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah
di telingamu yang kecil.

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,
atau harus bangun di tengah malam untuk menyusui mu,
Maka ibu memilih menyusui mu,
kerana dengan menyusui mu ibu telah membekalkan hidup mu
dengan titisan dan tegukan yang sangat berharga
Merasakan hangatnya bibir dan sentuhan mu di dada ibu
adalah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...


Tetapi anakku...
Hidup memang pilihan...
Jika dengan pilihan ibu,
engkau merasa sepi dan merana
maka, maafkanlah anakku..
Maafkan ibu..
Maafkan ibu..
Percayalah anakku,
Ibu sedang menyempurnakan 'puzzle' kehidupan kita,
agar tidak ada satu keping pun bahagian 'puzzle' kehidupan kita yang hilang.
Percayalah anakku..
Sepi dan rana mu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak...
engkau tetap selalu menjadi belahan nyawa ibu...









1 comment:

ini kesah 0cu ... dunia 0cu said...

ahh.sedihnya bila baca.ingt ibu 0cu.