Friday, December 9, 2011

puding roti sos kastartd




Salam jumaat penghulu segala hari ..

Awal2 pagi lg dah buat puding roti.. rajin ler sangat.. muaha. Salah satu desert favorite mama dan abang ikhwan .pasal ape Suka sangat buat puding ni ..? Sebabnya...... mudah mudah dan mudah .. tu ler jawapan aku . Dengan adanya roti ,susu cair or susu segar dan telor dah boleh buat puding ni.




ini puding rotinya ...
p/s: nama ilham cinta mama di atas gambar puding tu adalah nama blog aku sebelum ni ... so aku dah pun tukar ke semanis mama ....






Aktiviti dan hobi en.abang aku ni dipagi jumaat.
Memang takleh nk pisah dah dia dan basikalnya ni..




Ni plak aktiviti my hero .. gini lah dua orang ni masing2 suka bergurau.. nak2 abang dia.. usik adik selalu.. suka bila adik dia nangis.  Hurm

Kalau hari jumaat mama happy sokmo.. hih sebab2nya mungkin ade en.abang dok kerja kot. Dapat duk sama2 kat rumah dengan anak2 .. aku pun bleh share betap letihnya seorang surirumah .. dengan anak2 kirenya memang banyakla ringannya pasal urus anak2 .. bile mama nak mandi atau solat , takla kelam kabut .. hihii

Apa2 pun jom sama2 kite tengok resepi puding roti dan sos kastard.. kawan2 nak cuba boleh aje. Kita sama2 share resepi.. sama2 mendapat berkatnya .. selamat mencuba uolss




PUDING ROTI & SOS KASTARD




Bahan-bahan:-
  • 8 keping roti (aku guna gardenia jer)
  • 500 ml susu segar/ 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • secubit garam

Cara-cara:-
  1. campurkan susu segar ,mentega (dicairkan) , gula , telur ,tepung jagung , secubit garam dam esen vanila..kacau hingga sebati.
  2. kemudian carik carikkan roti. rendam roti kedalam adunan yang telah disatukan sebati tadi.
  3. Setelah roti agak kembang masukkan kedalam loyang @ bekas yang sesuai.
  4. kukus selama 20 minit.

p/s: kalau nak tabur kismis atas adunan sebelum kukus pun takpe ,cantik.tapi aku tak letak sebab kismis tiada...


untuk sos:-
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara:
  • campur kesemua bahan kedalam periuk, masak atas api sederhana dan kacau sebati hingga agak pekat sedikit.










No comments: